Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji

September 26, 2023 · Isu semasa

Pemimpin PKR, Wan Ji Wan Hussin perlu mendapat pembelaan dari Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata kumpulan peguam.

Lawyers for Liberty (LFL) menggesa supaya PH dan Anwar bersuara mempertahankan Wan Ji yang juga bekas pegawai Lim Guan Eng itu selepas dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan selepas mahkamah menolak rayuannya terhadap sabitan di bawah Akta Hasutan.

Dalam satu kenyataan, LFL berkata adalah “mengejutkan dan tidak boleh diterima” bahawa Wan Ji dijatuhkan hukuman di bawah Akta Hasutan.

“Lebih memedihkan adalah bahawa pemenjaraannya adalah ketika di bawah kerajaan pimpinan PH, yang sebelum ini memperjuangkan pemansuhan Akta Hasutan,” katanya.

“Adalah menjadi kewajipan moral dan tanggungjawab PH, yang menjanjikan pemansuhan, untuk memastikan Wan Ji tidak terus menjalani hukuman penjara di bawah akta zalim ini.”

Wan Ji dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan selepas Mahkamah Sesyen pada 2018 mendapati dia bersalah menerbitkan catatan di Facebook yang menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dia diperintahkan untuk mula menjalani hukuman penjara semalam, selepas Mahkamah Rayuan mengembalikan keputusan 2018 yang memerintahkan dia dihukum penjara sembilan bulan dan menolak rayuannya terhadap sabitan serta hukumannya.

Pengarah LFL Zaid Malek berkata tiada asas atau alasan munasabah untuk mempertahankan Akta Hasutan yang katanya sepatutnya dimansuhkan sejak dahulu lagi.

Beliau berkata kerajaan Selangor, diterajui PH dan mempunyai menteri besar daripada PKR, mesti “melakukan perkara yang betul dan menasihati raja supaya memberi pengampunan kepada Wan Ji di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan”.

“Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga tidak boleh berdiam diri dan tidak ambil peduli,” tambahnya.

“Semasa menjadi pembangkang, Anwar telah bercakap secara khusus dalam kes Wan Ji.”

Beliau merujuk kepada kenyataan Anwar pada 2019 bahawa hukuman penjara setahun yang dijatuhkan kepada Wan Ji oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah “terlalu keras” dan “tidak selari dengan reformasi demokrasi”.

“Kini Anwar sebagai perdana menteri berada dalam kedudukan terbaik untuk membetulkan ketidakadilan yang dilakukan terhadap Wan Ji.

“Peguam negara dalam kapasitinya sebagai penasihat undang-undang kerajaan Persekutuan dan perdana menteri juga duduk sebagai ahli Lembaga Pengampunan Selangor di bawah Perkara 42(5) dan mesti menasihati pemberian pengampunan dalam kes Wan Ji,” kata Zaid.

Berita berkaitan
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok