Kerajaan tak guna dana awam latih pelarian Myanmar: Saifuddin

August 15, 2022 · Isu semasa

Kerajaan menggunakan dana asing untuk menampung kos latihan kemahiran yang akan diberikan kepada pelarian Myanmar, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan menggunakan dana awam dalam usaha membantu pelarian memperoleh kemahiran di negara ini.

Memetik Bernama beliau berkata negara setakat ini masih belum dapat menyerap pelarian Myanmar dalam sektor pekerjaan kerana tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan.

“Sekarang ini kita mengalami kekurangan tenaga buruh asing. Banyak restoran, kilang dan sektor pembinaan mengalami kekurangan tenaga kerja. Tetapi mungkin, majikan tidak sanggup mengambil mereka (pelarian) kerana mereka tidak mempunyai kemahiran asas.

“Maka, kita sedang merancang program latihan kemahiran untuk orang tertentu yang ingin bekerja… tetapi tidak menggunakan dana awam. Jadi kita fikir bagaimana dana itu boleh diperoleh. Sebagai Menteri Luar saya juga melobi untuk mendapatkan dana dari negara lain dan penderma antarabangsa,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, setakat ini Qatar merupakan antara negara yang menyumbang dengan menyalurkan AS$50 juta yang mana AS$6 juta telah dibelanjakan untuk urusan kesihatan pelarian.

“Saya menyebut perkara ini supaya rakyat Malaysia tidak gusar apabila menteri luar bercakap mengenai pelarian di Malaysia dan keperluan untuk memberi mereka peluang bekerja dan pendidikan.

“Kami tidak pernah menggunakan wang rakyat. Semua ini dilakukan daripada dana yang datang dari luar menggunakan sumbangan dari negara luar,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di negeri ini berkata, perbincangan awal dengan anggota gabungan PN menyatakan untuk mempertahankan kerusi yang telah dimenangi oleh parti masing-masing.

“Bersatu akan bertanding di satu kerusi Parlimen yang dimenanginya, manakala PAS di lapan kerusi DUN. Bersatu dan Gerakan tidak akan meminta kerusi yang dimenangi PAS. Kita akan lihat kerusi tumpuan dan siapa yang paling sesuai untuk bertanding.

“Bagaimanapun, kita masih melihat formula yang sesuai, dan keputusan akan dimuktamadkan di peringkat Majlis Tertinggi PN,” jelasnya.

Berita berkaitan
PRN: PN Pahang turun kempen di Selangor, Kelantan dan Terengganu
June 16, 2023· Politik
Saifuddin nafi ada kaitan dengan individu ditahan Akta Hasutan
April 15, 2023· Isu semasa
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Kim Jong-un arah tentera siap sedia serangan nuklear ke atas AS
March 20, 2023· Dunia
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
September 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
3 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
3 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
4 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
6 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
2 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok