Saifuddin nafi ada kaitan dengan individu ditahan Akta Hasutan

April 15, 2023 · Isu semasa

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menafikan ada kaitan dengan seorang individu bernama Roslizal Razali yang kini dalam tahanan polis.

Ia susulan dakwaan yang kini berlegar di media sosial mengaitkannya dengan Roslizal yang disiasat polis di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan memberi sokongan kewangan kepada individu-individu yang bernama Roslizal Razali atau Datuk Arshad tersebut.

“Saya tidak ada apa-apa kaitan dengan apa yang dilaporkan telah dilakukan oleh mereka berdua.

“Peguam juga telah menasihati saya untuk membuat laporan polis dan tindakan undang-undang akan diambil ke atas individu yang menyebar fitnah serta fakta tidak sahih berkenaan isu ini, yang bertujuan menjejaskan reputasi saya,” kata ahli Parlimen Indera Mahkota  dalam satu kenyataan di Facebook hari ini (15 April 2023).

Roslizal yang berusia 46 tahun itu telah ditahan pada Rabu lalu kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.

Bagaimanapun, ketika permohonan reman, pengawal keselamatan itu dikatakan memaklumkan menyewa sebuah soho di KLCC.

Namun, timbul dakwaan yang mengatakan polis mempersoalkan Roslizal mampu menyewa di situ dan dikatakan ada menyebut tentang mendapat ‘sokongan kewangan’ daripada Datuk Arshad yang bekerja untuk Saifuddin.

Berita berkaitan
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
7 jam lalu· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
5 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
6 jam lalu · Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok