PRN: PN Pahang turun kempen di Selangor, Kelantan dan Terengganu

June 16, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) Pahang akan turun ke Terengganu, Kelantan dan Selangor bagi membantu kempen calon di tiga negeri tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi.

Pengerusinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata kekuatan jentera PAS, Bersatu dan Gerakan akan diagihkan secara sama rata di Terengganu, Kelantan dan Selangor.

“Esok (Sabtu) kita akan mengadakan mesyuarat Badan Perhubungan PN negeri bagi melihat persediaan untuk kita membantu ke tiga-tiga negeri yang terlibat dengan PRN.

“Malah, Kita juga akan bahagi pasukan (jentera) mengikut keperluan, Kita ada 14 kawasan Parlimen dan jentera yang akan dihantar mengikut keperluan mereka.

“Kelantan dan Terengganu hampir sama keperluannya manakala Selangor mungkin sedikit berbeza kerana komposisi dan profil pengundi mereka. Jadi mungkin ada kaedah tertentu untuk kami menghantar pasukan untuk membantu masing-masing,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di Kuantan, hari ini.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu menjangkakan PRN bakal berlangsung sekitar awal Ogos depan.

“Hanya SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang tahu secara tepat tapi berdasarkan perkiraan kita PRN akan berlaku pada awal Ogos, logiknya menunggu kepulangan jemaah haji,” katanya.

Dalam pada itu, Ketika ditanya soal ‘warlord’ UMNO yang dilaporkan bakal menyertai PN sebelum ini, bekas Menteri luar negeri itu berkata beliau tidak mengetahui soal itu.

“Sama ada, ada yang akan melompat ke PN atau tidak, itu saya tidak tahu. Yang saya tahu ialah Menteri Besar (Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) ingin membentangkan Akta Lompat Parti dalam sidang DUN akan datang.

“Kami di PN Pahang menunggu taklimat selanjutnya. Cuma adakah akta ini hendak dibentang kerana takut ada ADUN mereka yang akan melompat? Itu saya tidak tahu,” katanya.

Pada sidang media sama, Saifuddin turut membentangkan laporan enam bulan pertamanya sebagai Ahli Parlimen Indera Mahkota itu selepas mempertahankan kerusi itu sejak Pilihan Raya Umum ke-14.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
6 jam lalu· Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023· Politik
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
DUN Jepak kekal milik calon GPS
November 4, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
6 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok