SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok

December 1, 2023 · Isu semasa

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, esok, boleh mencapai sehingga 70 peratus.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata jangkaan itu, bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini, lapor Bernama.

“Cuaca esok diramalkan ada sedikit hujan dan insya-Allah di kawasan Kemaman ini, kita bersedia dan dijangka tidak ada bahagian yang akan naik air.

“Harapan saya diminta sangat-sangat pengundi Kemaman dapat keluar mengundi dan kita harap peratusan keluar mengundi dapat ditingkatkan lebih kurang 70 peratus,” katanya kepada media selepas meninjau persiapan akhir pengundian PRK Kemaman di Majlis Perbandaran Kemaman hari ini.

Laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan berterusan dijangka melanda daerah Kemaman dari pagi sehingga petang.

Dalam pada itu Abdul Ghani berkata sebanyak 49 pusat mengundi, akan dibuka 8 pagi esok di empat daerah Kemaman melibatkan 244 saluran.

Sementara keputusan penuh PRK Kemaman hanya akan diketahui seawal 9 malam.

Abdul Ghani berkata SPR juga telah melaksanakan persediaan sekiranya berlaku banjir, mahupun bekalan elektrik putus di mana-mana pusat pengundian.

“Alhamdulillah hari ini persiapan berjalan lancar dan saya ingatkan pengundi esok supaya bawa kad pengenalan masing-masing dan keluar mengundi pada waktu yang digalakkan.

“Nasihat saya buat calon dan pengundi jangan pakai baju, payung yang tidak dibenarkan dan pakai pakaian biasa yang sopan, kita harap semua ikut arahan seperti yang ditetapkan,” katanya.

Berita berkaitan
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023· Politik
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Serangan siber melibatkan perniagaan meningkat di Malaysia: Kaspersky
April 26, 2023
Loji Semenyih beroperasi semula, LUAS lapor polis bau diesel
December 16, 2021
Kalimah Allah: Gereja, paderi tarik balik semakan kehakiman
May 17, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok