Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX

October 2, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan tidak berpeluk tubuh, sebaliknya akan bergerak dengan segenap akal dan bertiwikrama (berusaha sedaya upaya) untuk meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras global ketika ini.

Perdana Menteri berkata ini termasuk menerusi beberapa langkah intervensi diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini, bagi meredakan kebimbangan rakyat berhubung kenaikan harga beras putih import (BPI) dan peningkatan permintaan terhadap beras putih tempatan (BPT) di pasaran, lapor Bernama.

“Saya telah mengadakan pertemuan dengan YB (Yang Berhormat) Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu di pejabat saya bagi berbincang dan mendapatkan penyelesaian berhubung situasi beras negara.

“Diharap langkah ini akan dapat membantu meringankan beban yang dihadapi. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Perpaduan prihatin akan isu semasa khususnya apabila rakyat ingin mendapatkan jaminan bekalan BPT dan harga BPI.

“Kendatipun, saya amat peka dan mendengar segala keluh kesah yang dibangkitkan rakyat ekoran kenaikan harga BPI di pasaran ekoran kenaikan harga beras global,” kata beliau.

Menurut Anwar fenomena kenaikan harga beras bukan hanya berlaku di Malaysia malah melibatkan negara serantau susulan tindakan 19 negara yang mengehadkan eksport beras untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri.

Terdahulu, Mohamad dalam sidang media khas berkata Perdana Menteri bersetuju empat langkah intervensi tambahan dilaksanakan bagi menangani isu bekalan beras dalam negara.

Antara langkah itu adalah mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meningkatkan pengedaran beras putih tempatan ke kawasan luar bandar termasuk di kedai-kedai runcit, dengan kerajaan akan menyalurkan kos pengangkutan kepada FAMA.

Bagi Sabah dan Sarawak, Mohamad berkata kerajaan bersetuju memberikan subsidi RM950 setiap tan metrik bagi beras putih import (BPI) mulai 5 Okt, dengan langkah itu membolehkan BPI diperoleh dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10 kilogram.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023· Politik
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
4 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok