Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam

September 25, 2022 · Isu semasa

Sejak kebelakangan ini, kelompok homoseksual merangkumi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) semakin mendapat sokongan masyarakat lebih-lebih lagi di negara Barat.

Kelompok LGBT mula mengiktiraf dan menerima golongan ini secara terbuka di sana. Bagaimanapun agak menyedihkan trend itu turut tempias di negara majoriti Islam seperti Indonesia dan Turkiye.

Di Malaysia trend sebegitu belum ada. Namun kita melihat terdapat kecenderungan kelompok ini untuk menyuarakan pendapat yang bertentangan dengan norma masyarakat.

Mereka kelihatannya mengambil kesempatan hak kebebasan bersuara seperti dijamin oleh Perlembagaan negara, namun atas sebab yang salah.

Malah mereka turut mendapat sokongan pertubuhan bukan kerajaan yang agresif menuntut hak golongan ini supaya diiktiraf dan dipenuhi oleh pihak kerajaan.

Kes yang terbaharu juga melibatkan seorang selebriti lelaki yang berusia 40-an yang juga penceramah bebas, pengacara dan pelakon telah ditahan pihak berkuasa di Selangor berikutan dakwaan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak dan remaja lelaki.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pi­haknya menerima empat laporan yang dibuat mangsa berusia dalam lingkungan 17 hingga 18 tahun iaitu dua di Klang Selatan, Shah Alam (1) dan satu di Kajang (1) berhubung kejadian itu.

Dua lagi dibuat di Negeri Sembilan. Walaupun dakwaan itu belum dibuktikan bersalah, namun jauh di sudut hati penulis terbu­ku rasa bimbang jika suspek benar-benar melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap mang­sa.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, golongan pendak­wah diingatkan agar tidak terjebak dengan perbuatan ti­dak bermoral kerana ia boleh menyebabkan mereka tidak lagi dipercayai masyarakat.

“Mereka perlu sentiasa mengamalkan setiap dakwah yang di­sampaikan kepada masyarakat dan juga sentiasa bermuhasabah diri.

“Selain itu, mereka juga perlu menyedari risiko menjadi seorang individu yang mempu­nyai pengaruh kepada golo­ngan masyarakat dan pada masa sama, perlu menjaga tingkah laku agar sentiasa dipandang positif oleh masyarakat,” katanya.

Secara kesimpulannya, tanggungjawab membendung dan menangani isu gangguan seksual adalah menjadi tanggungjawab pemerintah mengenakan hukuman, peraturan atau polisi yang paling berkesan dalam menanga­ninya serta mengekangnya daripada berkembang.

Pada masa sama, mangsa ataupun mereka yang mempunyai maklumat berhubung perbuatan itu perlu melaporkan segera kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan dapat diambil. Jangan berdiam diri kerana ia tidak mampu menyelesaikan apa yang berlaku.

Dalam pada itu, tidak dinafikan wujud kelompok agamawan yang bernafsu songsang atau gay berselindung di sebalik nama ‘agama’ yang ramai tidak tahu, contohnya di pusat tahfiz dan sekolah-sekolah agama.

Bagaimanapun, isu ini tidak didedahkan kepada umum kerana bimbang dengan penerimaan dan juga persepsi masyarakat yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada golongan tersebut. Mereka sebenarnya boleh dilabel sebagai penunggang agama.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh dengan mendakwa, jumlah golongan agamawan berstatus ustaz yang bernafsu songsang iaitu gay semakin menjadi barah dan sangat serius di negara ini sekarang.

“Berdasarkan rekod, jumlah mangsa yang diliwat yang menjalani sesi kaunseling dengan saya adalah sebanyak 32 kes pada tahun lalu, manakala tahun ini pula bagi tempoh lima bulan sehingga Mei lalu sudah mencapai 12 kes.

“Kiraan ini berdasarkan mang­sa (pelajar sekolah agama) yang datang berjumpa saya, belum ambil kira jumlah yang menjalani sesi kaunseling dengan pakar-pakar lain,” ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan 15 mangsa kes liwat di sebuah pusat tahfiz yang menjalani sesi kaunseling, pihaknya mendapati 14 pelajar takut untuk mendedahkan kejadian berkenaan.

“Mangsa yang paling muda adalah berusia 13 tahun. Salah seorang pelajar telah membongkar kejadian itu kepada ibu bapanya, sekali gus menyebabkan kegiatan yang berlaku beberapa tahun terdedah,” katanya.

Jelas beliau, kebanyakan us­taz songsang yang menjalani sesi kaunseling mendakwa pernah menjadi mangsa liwat ketika mereka kecil sama ada oleh ahli keluarga sendiri, rakan seasrama dan juga ustaz di tahfiz atau maahad pengajian menyebabkan mereka trauma dan tidak kurang juga jadi ketagih.

 

Berita berkaitan
Video tular J-KOM satu aib untuk kerajaan, kata MP Pasir MAS
November 22, 2023· Politik
Konsert Cold Play: Shahidan harap adegan cium sesama lelaki tak berulang
November 22, 2023· Politik
Kerajaan kekal pendiriian tolak LGBT, kata menteri
October 18, 2023· Isu semasa
Kenapa tak tangkap kumpulan buat adegan cium sejenis? soal Hamzah
July 24, 2023· Politik
Popular
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Beberapa negeri bakal berdepan hujan lebat dan ribut petir esok: MetMalaysia
October 23, 2022
Beratus juta tender diluluskan secara rundingan terus dalam kempen Keluarga Malaysia?
January 17, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
19 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
19 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok