Kerajaan kekal pendiriian tolak LGBT, kata menteri

October 18, 2023 · Isu semasa

Kerajaan berpendirian tegas tidak menerima sebarang aktiviti berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) khususnya dalam kalangan masyarakat Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut konsisten dengan pendirian kerajaan itu, namun dalam konteks hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan, kerajaan tidak menolak hak tertentu kepada golongan LGBT seperti hak pendidikan, lapor Bernama.

“Sebab itu, pendekatan yang diambil dalam konteks Jakim adalah bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk memberikan kesedaran dan mengambil tindakan untuk memastikan agar golongan ini kembali kepada fitrah yang sebenar serta menyedarkan mereka daripada kesalahan yang dilakukan.

Beliau berkata demikian pada sesi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat berhubung perkara itu.

Menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang ingin tahu sama ada Jakim mempunyai maklumat berkaitan jumlah perkahwinan sama jantina di negara ini, Mohd Na’im berkata tiada perkahwinan sejenis pernah direkodkan atau didaftarkan oleh Jakim.

“Jabatan agama Islam negeri-negeri juga tidak ada satu pun perkahwinan melibatkan sesama jenis yang didaftarkan. Itu adalah jelas.

“Hatta, kalau katakan perkahwinan itu dilangsungkan juga, apabila pihak ini ingin berhasrat daftarkan (perkahwinan mereka di negara ini), ini mustahil sebab undang-undang tidak membenarkan,” katanya merujuk kepada akta ataupun Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
18 jam lalu· Politik
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok