Kerajaan kekal benarkan orang ramai pulang sambut hari raya: Ismail Sabri

April 17, 2022 · Isu semasa

Kerajaan masih berpegang dengan pendiriannya sebelum ini untuk membenarkan rakyat pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata sudah berpesan kepada mereka yang ditemuinya untuk meraikan hari raya dengan baik bersama keluarga masing-masing selepas dua tahun tidak merayakan perayaan itu di kampung susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan Covid-19, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata beliau sendiri sebagai Perdana Menteri ‘lari daripada kebiasaan’ dengan tidak mengadakan rumah terbuka di Seri Perdana pada hari raya pertama, yang merupakan kelaziman setiap kali Aidilfitri, bagi memberi peluang kepada rakyat menyambut hari raya bersama keluarga terlebih dahulu.

“Saya sebut pada mereka (yang saya temui) bahawa anak-anak boleh balik beraya tahun ini. Saya percaya ramai yang sudah pulang ke kampung dari hari puasa pertama kerana jalan raya sesak teruk disebabkan ramai yang pulang untuk berbuka di kampung.

“Kali ini, untuk beri peluang orang balik beraya, kita mengadakan Rumah Terbuka Perdana Menteri pada 8 Mei… balik kampung dahulu beraya dengan keluarga kerana sambutan malam sebelum raya memang ditunggu-tunggu untuk bersama-sama membuat persediaan,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata demikian semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Petronas kepada golongan memerlukan termasuk golongan miskin, Orang Kurang Upaya (OKU), anak yatim dan ibu tunggal di Masjid Al-Muttaqin, Kampung Mengkarak di Bera hari ini.

Bagaimanapun, dalam keseronokan pulang ke kampung, Perdana Menteri meminta orang ramai untuk terus melakukan kawalan kendiri walaupun banyak kelonggaran telah diberikan selepas negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April lepas.

“Walaupun kawalan kendiri tidak diwajibkan, namun pemakaian pelitup muka masih diwajibkan. Saya berharap masing-masing boleh melakukan kawalan kendiri untuk menjaga keselamatan diri, keluarga dan orang lain walaupun tiada lagi penjarakan fizikal,” katanya.

Mengulas mengenai sumbangan itu, Ismail Sabri berkata sumbangan wang tunai yang diagihkan hari ini dan esok kepada 4,800 penerima dari sekitar Parlimen Bera adalah bagi membantu penerima membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Hari Raya pada 3 Mei ini dan Ismail Sabri berkata rumah terbuka di Bera akan diadakan pada 7 Mei di Dataran Kerayong di sini.

Berita berkaitan
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
Ismail Sabri balas Mat Maslan, buat unjuran tanpa fakta semasa PRU-15
June 10, 2023· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023· Isu semasa
Kes Bella: Siti Bainun kena penjara 12 tahun
May 3, 2023· Isu semasa
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok