KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan

May 29, 2023 · Isu semasa

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi reaksi balas terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu pembangunan satu litar di setiap negeri.

Dalam kenyataan, KBS memberitahu Ismail Sabri bahawa peruntukan RM20 juta untuk membina litar tersebut tidak pernah diluluskan di Parlimen dan tidak boleh diteruskan pembinaannya.

Malah, peruntukan itu yang diumumkan bagi Bajet 2023 tidak pernah dibahaskan dan tidak mendapat kelulusan.

“Ini kerana Ismail Sabri telah membubarkan Parlimen sejurus selepas membentangkan belanjawan beliau. Oleh yang demikian, bajet tersebut tidak pernah disalurkan kepada KBS bagi pembangunan litar drag seperti yang diumumkan.

“Selain daripada itu, bajet tersebut diumumkan tanpa mendapat data dan maklum balas daripada pihak kementerian. RM20 juta tidak cukup untuk pembinaan litar di setiap negeri,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan Ismail Sabri Yaakob yang menyarankan agar kerajaan ketika ini, menerusi KBS meneruskan pembinaan litar drag di setiap negeri seperti cadangan kerajaan terdahulu yang bernilai RM20 juta.

Beliau berkata, ia untuk memberi peluang kepada belia membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul.

Tambah KBS, pihaknya amat prihatin terhadap faktor keselamatan anak muda dan tidak berhasrat untuk membina litar berdasarkan konsep sekadar ada.

“Tidak dinafikan sukan permotoran di litar drag merupakan perlumbaan di platform yang baik dan bermanfaat untuk anak muda. Namun begitu, keselamatan pelumba, penonton dan semua yang terlibat perlu diberi keutamaan.

“KBS sentiasa proaktif dan mencari kaedah-kaedah lain bagi memastikan sukan permotoran ini dapat terus dilaksanakan dalam keadaan yang terkawal dan selamat walaupun kekangan kewangan ketika ini menghalang usaha pembinaan baharu litar-litar permotoran khasnya litar drag.

“Antara usaha yang dilakukan adalah melalui projek menaik taraf serta memperbaiki kemudahan sedia ada di bawah KBS seperti Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang mencapai spesifikasi antarabangsa serta Litar Lumba Tangkak di Johor bagi penggiat sukan permotoran tempatan,” jelasnya.

KBS juga bekerjasama dengan Persatuan Bermotor Malaysia (MAM) selaku badan induk Sukan Permotoran dalam memastikan operator serta penganjur sukan permotoran ini dapat melaksanakan program atau aktiviti mereka di litar yang selamat dengan membuat penyenaraian litar-litar kekal yang telah disahkan (homologate) serta menyediakan spesifikasi minimum bagi litar sementara.

Selain itu, kementerian menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan sokongan MAM juga sedang giat membangunkan Garis Panduan Sukan Bermotor yang mana akan memberikan panduan mengenai sukan bermotor terutamanya melibatkan penganjuran acara termasuklah perlumbaan drag.

Usaha yang digerakkan itu dapat mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif seterusnya mengurangkan risiko perlumbaan.

“Program MalaysiaActive@Motorsports yang akan diadakan di seluruh negara melibatkan pengisian aktiviti seperti perlumbaan, bengkel sukan permotoran, Kelas Latihan Asas Sukan (KLASS) Permotoran, Kursus Akreditasi dan Pentauliahan serta melalui program RAKAN MUDA yang akan diberi nafas baru tidak lama lagi.

“Segala usaha ini diharap dapat merancakkan lagi pemerkasaan pembangunan sukan bermotor di Malaysia dan memberi manfaat kepada belia-belia di Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023· Politik
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
11 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
11 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
18 jam lalu · Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok