Kerajaan akan tangani berita palsu tanam kebencian rakyat: Annuar

May 4, 2021 · Isu semasa

Terlalu banyak berita palsu yang disebar secara terancang untuk menanam kebencian rakyat khususnya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Menteri Kabinet, Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata kewujudan gerakan terancang itu disedari kerajaan dan langkah yang lebih proaktif serta pantas perlu diambil dengan segera bagi menangkis serangan tersebut dengan lebih berkesan.

“Kerajaan mengambil perhatian mengenai perkara ini dan kita nak beritahu bahawa kita sedar ada usaha yang agak terancang untuk menanamkan kebencian kepada kerajaan.

“Kita tahu perkara itu dilakukan secara agak tersusun maka kalau sekiranya kerajaan tidak punya keupayaan untuk membuat penjelasan dalam masa yang pantas dan dengan cara yang berkesan maka kerajaan akan menerima akibatnya,” katanya dipetik semalam semasa Program Prihatin Ramadan 2021 di Perbadanan Putrajaya.

Annuar berkata kerajaan juga sudah menubuhkan satu jawatankuasa untuk memantau dan memperbaiki penyaluran berita yang tepat kepada rakyat supaya tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.

“Sebab itu kerajaan memandang serius perkara ini dan satu ‘committee’ telah dibentuk di peringkat menteri, kita akan mengambil tanggungjawab memperbaiki keadaan itu.

“Kita sedar mesej yang benar itu lebih lambat sampai kepada rakyat, jadi itu tidak seimbang antara penyebaran dan penularan berita palsu berbanding dengan fakta sebenar,” katanya lagi.

Kerajaan PN yang sedang berdepan cabaran mengendalikan kes Covid-19 yang semakin meningkat saban hari pada masa sama juga terpaksa menangkis berita-berita palsu yang disebarkan dalam media sosial.

Terbaharu, tuduhan terhadap Malaysia Airlines Berhad berhubung isu pesawat MAS membawa penumpang dari India pada 1 hingga 3 Mei

Pihak MAB membuat laporan polis terhadap dua individu Wan Hilmi Wan Mohd Nor Hilmi dan Muhammad Fahmi Abdullah atas dakwaan yang tular di media sosial membabitkan pesawat MAS membawa penumpang dari India.

Seorang pemandu mendakwa diarah oleh syarikatnya mengambil penumpang dari India untuk dihantar ke sebuah hotel bagi menjalani kuarantin.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas terbit penafian daripada Malaysia Airlines dan Wee, Muhammad Fahmi memuat naik status terbaharu sambil menunjukkan bukti dia diarah mengambil penumpang dari India di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok