UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat

December 2, 2023 · Politik

UMNO-Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman selepas keputusan rasmi diumumkan malam tadi.

Undi diperoleh UMNO hilang lebih banyak berbanding keputusan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan calon PAS-Perikatan Nasional (PN) berjaya mendapat majoriti yang lebih besar.

Calon PAS-PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menang PRK Parlimen Kemaman.

Menerusi keputusan rasmi yang diumumkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab, Ahmad Samsuri atau lebih dikenali sebagai Dr Sam dalam kalangan pengundi Kemaman itu memenangi PRK berkenaan dengan majoriti undi lebih tinggi iaitu sebanyak 37,220 undi.

Ia melebihi 10,041 undi berbanding penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid yang memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.

Ahmad Samsuri menyifatkan kemenangan dengan majoriti besar dalam PRK  Kemaman hari ini sebagai pembuka pintu untuk kepada PN menuju ke Putrajaya.

“Terima kasih semua. Apa yang kita hadapi hari ini di Parlimen Kemaman, dengan majoriti tinggi hasil kerja kuat semua akan menjadi ‘game changer’ dan akan ‘buka pintu’ untuk kita menuju Putrajaya,” katanya dipetik laporan media.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
3 jam lalu· Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
21 jam lalu· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok