Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari

September 21, 2023 · Isu semasa

Pemandu treler yang terbabit dalam insiden rempuhan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong di sini semalam direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin yang membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, lapor Bernama.

Dalam kemalangan pada 10.15 pagi itu, yang melibatkan 14 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis trafik, lori treler berkenaan melanggar barisan kenderaan yang sedang berhenti di laluan terbabit menyebabkan dua penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abdul Aziz semalam berkata dua mangsa yang maut itu dikenal pasti sebagai Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang merupakan pekerja Pos Malaysia dan Yuswar Mohd Uyus, 39, pekerja di Mahkamah Ampang.

A.Asmadi semalam turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti kemalangan tersebut agar membantu siasatan polis mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata pemandu treler itu tidak mempunyai rekod kesalahan trafik dan ujian air kencing yang dilakukan terhadapnya didapati negatif.

Berita berkaitan
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Insiden runtuhan tapak pembinaan, tiga pekerja Bangladesh maut di Machang
November 3, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
5 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
5 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok