Ke mana masa depan ekonomi orang Melayu?

June 25, 2023 · Isu semasa

Baru-baru ini,  majalah Forbes Asia menyenaraikan 50 individu terkaya Malaysia menggunakan maklumat pegangan saham dan kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, laporan tahunan dan daripada para penganalisis.

Kedudukan itu menyenaraikan kekayaan individu dan keluarga, termasuk yang dikongsi dalam kalangan saudara-mara. Syarikat swasta dinilai berdasarkan syarikat serupa yang didagangkan secara terbuka.

Mungkin ramai yang mengetahui pengasas kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok yang akan berusia 100 tahun pada Oktober ini masih menduduki tempat pertama orang terkaya di Malaysia, kedudukan yang dipegangnya selama lebih suku abad dengan jumlah kekayaan AS$11.8 bilion.

Daripada 50 individu yang disenaraikan, hanya tiga orang Melayu yang tersenarai iaitu tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary; pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dan tokoh perbankan terkemuka negara, Tan Sri Azman Hashim.

Hakikatnya,  kaum bumiputera atau kaum Melayu dikatakan masih lagi mundur terutamanya dalam aspek ekonomi walaupun pelbagai inisiatif, dasar, polisi dan agensi diwujudkan bagi membantu golongan ini.

Menurut data Jabatan Statistik Malaysia, selama 10 tahun berturut (2007 hingga 2016) kadar pendapatan isi rumah kasar penegah bagi kaum Melayu adalah yang paling rendah diikuti India dan Cina. Data ini menjadi titik pandang bagaimana kaum majoriti di Malaysia ini menduduki tangga paling rendah dalam aspek pendapatan.

Ramai yang berkata, data pendapatan kekayaan mengikut kaum adalah bersifat perkauman, namun ianya adalah sangat perlu kerana dalam jangka waktu panjang, pendapatan kaum ini mampu menimbulkan ketegangan kaum akibat ketidakseimbangan yang berlaku.

Dalam pengajian polisi, diskriminasi positif bertujuan untuk mengimbangi semula jarak dan ketidaksamaan dalam kalangan etnik dan bangsa bagi tujuan membantu golongan tertentu yang sebelum ini didiskriminasikan.

Di Malaysia, polisi khusus membantu Melayu wujud disebabkan dasar pecah perintah penjajah yang meleyakkan kaum Melayu di perkampungan dan terlibat dengan sektor kurang produktif; kerja teruk ‘bagai nak mati’ hasilnya cuma sedikit berbanding dengan kaum Cina yang diletakkan di kawasan bandar yang terlibat dengan sektor perkhidmatan berproduktif tinggi.

Dalam konteks ini, orang ramai mengharapkan kerajaan untuk menumpukan usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi isu kos sara hidup yang semakin membebankan ketika ini.

Ini kerana kos sara hidup tidak menjadi masalah kepada isi rumah dan sesebuah negara jika kadar pendapatan meningkat lebih tinggi berbanding dengan inflasi.

Tetapi pada hari ini ekonomi Malaysia mengalami keadaan sebaliknya iaitu kadar pendapatan isi rumah bertumbuh lebih perlahan berbanding inflasi terutamanya bagi golongan M40 dan B40.

Hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Endeavour-MGC yang disiarkan di akhbar ini dan Astro Awani baru-baru ini juga memperlihatkan rakyat mahu Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran memberikan keutamaan paling tinggi terhadap usaha mengurangkan inflasi dan menjana pertumbuhan ekonomi.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok