Kadar inflasi untuk tempoh Jan-Ogos catat 3.1 peratus, masih terendah di dunia

September 23, 2022 · Isu semasa

Kadar inflasi negara meningkat 3.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Ogos 2022, selari dengan jangkaan pasaran sebanyak 3.2 peratus bagi tahun ini, didorong oleh permintaan dalam negara yang kukuh, harga komoditi yang masih tinggi dan gangguan dalam rantaian bekalan global, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata bagi Ogos 2022, kadar inflasi negara meningkat sedikit kepada 4.7 peratus berbanding 4.4 peratus pada Julai 2022 dan kadar inflasi masih tinggi berikutan fenomena global yang turut dialami oleh kebanyakan negara disebabkan kenaikan input pengeluaran dan harga bahan api, lapor Bernama.

“Kadar inflasi Malaysia adalah antara yang paling rendah di dunia. Kadar inflasi pada Ogos 2022 di Zon Euro adalah 9.1 peratus, Amerika Syarikat pada 8.3 peratus, Thailand pada 7.9 peratus, Filipina pada 6.3 peratus dan Republik Korea mencatatkan 5.7 peratus.

“Kadar inflasi yang lebih rendah di Malaysia adalah hasil daripada langkah Kerajaan Keluarga Malaysia untuk menyediakan subsidi yang terbesar dalam sejarah negara,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, kenaikan inflasi bagi Ogos 2022 menyederhana kepada 0.2 peratus berbanding 0.4 peratus pada Julai 2022.

 

Berita berkaitan
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Dikecam kenyataan minyak turun esok, PMX kata sekarang konteks sudah berbeza
October 16, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
9 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
16 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
16 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok