JPM umum peletakan jawatan Pengerusi Suhakam sebelum tamat tempoh kontrak

August 29, 2023 · Isu semasa

Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-UMNO mengumumkan Prof Datuk Rahmat Mohamad akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 31 Ogos ini.

Dalam kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Rahmat akan meletak jawatan sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir pada 2025, bagaimanapun tidak memberi sebarang alasan mengenai keputusan mengejut itu.

Kenyataan ringkas daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang jabatan itu berkata Rahmat akan terus mengetuai Lembaga Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia, sambil menambah jawatan itu sesuai dengan latar belakangnya dalam undang-undang antarabangsa.

Peletakan jawatan Rahmat susulan laporan pertelingkahan dalaman dalam badan hak asasi manusia tersebut, di tengah-tengah kempen bagi menggulingkannya oleh puak yang menentang pelantikannya ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Tindakan itu juga dibuat selepas kritikan oleh seorang pemimpin DAP bahawa Suhakam “lebih pendiam” berbanding dahulu.

“Dulu, kami selalu lihat pesuruhjaya turun padang dan mengadakan pelbagai aktiviti, seperti menjadi pemantau dalam perhimpunan Bersih, mengadakan pendengaran terbuka terhadap mangsa yang mengadu tentang penyalahgunaan kuasa pegawai penguat kuasa dan sebagainya.

“Tetapi pada hari ini, kami jarang baca kenyataan dan aktiviti Suhakam, dan kebanyakan kita tidak mengenali pesuruhjaya Suhakam,” kata Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Dewan Rakyat.

Media sebelum ini melaporkan, sebuah petisyen ditandatangani 20 nama dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said bulan lepas dalam usaha untuk menyingkirkan Rahmat.

“Ini jelas kempen untuk menggulingkan Rahmat, dan ia semakin rancak selepas pertukaran kerajaan,” kata sumber.

Pengkritiknya sering menyebut peranannya dalam menentang ratifikasi Statut Rom oleh Malaysia, sebuah perjanjian yang menubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang berpangkalan di Belanda.

Pada 2019, Putrajaya yang ketika itu di bawah kerajaan PH pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, terpaksa menarik balik ratifikasi perjanjian ditandatangani Malaysia berikutan bantahan daripada Raja-raja Melayu, yang menyuarakan kebimbangan terhadap bidang kuasa ICC terhadap kedaulatan negara termasuk peruntukan Perlembagaan mengenai hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu.

Rahmat terlibat dalam merangka kertas kerja untuk menasihati Raja-raja Melayu mengenai kesan buruk sekiranya Malaysia menyertai Statut Rom.

Perjanjian tersebut sehingga kini tidak disertai beberapa negara utama seperti China, India, Indonesia, Arab Saudi dan Turkiye, manakala negara lain seperti Amerika Syarikat, Mesir, Iran dan Rusia menandatanganinya tanpa meratifikasinya.

Berita berkaitan
Isham dakwa kena desak letak jawatan dengan pemimpin UMNO yang pro-DAP
September 12, 2023· Politik
Pemuda UMNO tak perlu acah-acah berani lawan Zahid, nanti jadi macam Asyraf
August 18, 2023· Politik
Gagal tawan tiga negeri dan hilang banyak kerusi, PMX ‘koyak’ bila disuruh letak jawatan
August 17, 2023· Politik
Zahid langgar janji ‘No Anwar, No DAP’ punca imej parti terjejas: Pemerhati
August 16, 2023· Politik
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
3 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
16 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
16 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok