Agus tiada kaitan dengan J-KOM atau kerajaan lagi: Fahmi

November 17, 2023 · Politik

Fahmi Fadzil mengesahkan Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff kini bukan lagi Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan sudah tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Digital itu mengesahkan Agus sudah meletak jawatan dan memberi penghargaan kepadanya sepanjang khidmat bersama kerajaan campuran.

Menurut beliau, jawatan ketua pengarah J-KOM akan diisi secepat mungkin.

“Saya belum bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim khusus mengenai perkara ini. Saya percaya langkah-langkah untuk mengisi jawatan tersebut akan dibuat secepat mungkin,” menurut laporan Bernama hari ini.

Semalam, media melaporkan, Agus mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ketua pengarah J-KOM.

Menurut Mohammad Agus, keputusan itu kerana beliau menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak.

Terdahulu, satu rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip Mohammad Agus tersebar di media sosial.

Menerusi rakaman video berdurasi 3 minit 3 saat itu boleh didengar secara jelas perbualan sesama lelaki itu melalui panggilan video seperti pasangan kekasih yang sedang ‘memancing’ untuk melakukan hubungan intim.

Berita berkaitan
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
5 jam lalu· Politik
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok