Jemaah umrah tipu sijil vaksinasi perlu bertaubat

January 8, 2022 · Isu semasa

Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim mana-mana pihak yang melakukan penipuan, termasuk memalsukan sijil vaksinasi, perlu bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan itu.

Menurutnya, walaupun menurut hukum dan syarat ibadah itu adalah sah namun belum tentu mendapat kebaikan mabrur kerana melakukan penipuan.

“Kalau ikut hukum dan syarat, ibadah itu sah. Namun, walaupun sah belum tentu mabrur, diterima.

“Kepada yang sudah terlanjur melakukan perbuatan itu (menipu sijil vaksin), bertaubatlah kepada Allah dan jangan ulangi semula,” katanya mengulas isu jemaah umrah yang tidak menerima vaksin Covid-19 tatapi boleh keluar negara.

Kelmarin, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mendedahkan terdapat jemaah umrah yang dijangkiti varian Omicron tidak menerima sebarang vaksin dan dibenarkan pergi mengerjakan ibadah itu.

Khairy berkata, pihaknya juga sedang menyiasat sama ada mereka yang tidak divaksinasi terbabit, disebabkan faktor kesihatan atau enggan divaksinasi.

Zamri berkata perbuatan memalsukan sijil pelalian vaksinasi untuk mengerjakan ibadah umrah menzalimi pihak lain dan individu yang melakukannya perlu bertaubat.

Jika tidak dibendung, perbuatan itu akan menjadi amalan yang mencalarkan imej agama dan negara, katanya.

“Yang pasti, tiada siapa kata boleh menipu. Disebabkan dia, nanti sijil vaksin sudah tidak lagi boleh dipercayai.

“Dia akan menzalimi orang yang benar-benar memiliki sijil vaksin sah. Dia buka peluang untuk zalimi pihak lain,” katanya.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Jelaskan larangan guna kalimah Allah kepada ketua agama lain: Mufti
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok