Jelaskan larangan guna kalimah Allah kepada ketua agama lain: Mufti

June 7, 2023 · Isu semasa

Kerajaan disaran segera mencadangkan langkah-langkah praktikal yang tuntas untuk dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja bagi menyelesaikan polemik isu penggunaan kalimah Allah.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata kerajaan boleh memohon perkenan Majlis Raja-Raja untuk raja-raja mengadakan sesi penjelasan kepada semua ketua-ketua agama di Malaysia tentang situasi di mana kalimah Allah tidak wajar dikongsi kegunaannya bagi tuhan dalam agama selain Islam.

“Duli-Duli Tuanku boleh memberi titah nasihat kepada ketua-ketua agama supaya sudi bekerjasama dalam menyelesaikan kemelut ini. Ia demi mengelak berlakunya konflik perkauman yang akan merugikan serta menyusahkan semua pihak di negara ini.

“Kadangkala kita perlu mengetepikan kepentingan yang kecil untuk menghindari kemudaratan yang lebih parah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam titah sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Isnin lalu menzahirkan kegusarannya dengan isu penggunaan kalimah Allah.

Dibimbangi jika perkara itu gagal diselesaikan segera, isu itu boleh menjejaskan perpaduan nasional dan kesejahteraan negara.

Baginda bertitah polemik penggunaan kalimah Allah bukan merupakan pendekatan terminologi dan linguistik sebaliknya berhubung isu akidah umat Islam dan sebarang kekeliruan akan hanya mengundang musibah.

Dalam pada itu, Wan Salim berkata kerajaan perlu segera bertindak memandangkan isu penggunaan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan dalam agama selain agama Islam sudah lama dipolemikkan oleh pelbagai pihak di negara ini

Menurut Wan Salim, meskipun Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) dan Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri telah membuat keputusan melarang penggunaan kalimah Allah untuk tuhan dalam agama selain Islam kerana ia adalah hak eksklusif bagi agama dan umat Islam namun perkara itu tidak diendahkan oleh pihak tertentu hingga berlarutan ke hari ini.

Berita berkaitan
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023· Isu semasa
Syed Saddiq umum MUDA keluar kerajaan, bidas kerajaan hentikan kes Zahid
September 10, 2023· Politik
Contohi negeri PN salur peruntukan kepada pembangkang, Bersih gesa kerajaan campuran
August 26, 2023· Politik
Kerajaan campuran dibidas badan pemerhati rasuah selepas keputusan PRN mengecewakan
August 14, 2023· Politik
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
23 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
23 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok