Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin

June 12, 2021 · Isu semasa

Wisma Putra mengesahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew dan delegasinya berada dalam keadaan baik dan dipercayai masih meneruskan misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.

Memetik laporan Berita Harian, perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar, melalui satu jawapan ringkas ketika dihubungi akhbar berkenaan hari ini.

“Untuk makluman, Ustaz Ebit Liew berada dalam keadaan baik. Perkara itu seperti mana yang pihak Ustaz Ebit Liew kongsikan dalam sosial media mereka, hari ini,” katanya.

Sementara itu Ebit Lew dalam hantaran di Facebook beliau hari ini memohon rakyat Malaysia mendokan kebaikan atas misi itu.

“Doakan ya. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan,” kata Ebit Lew dalam hantaran di Facebook beliau. Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan di mana gambar itu dirakam masih di Mesir atau sudah memasuki Semenanjung Gaza untuk menghantar bekalan barangan keperluan asas serta ubat-ubatan.

Pada 25 Mei, Ebit Lew berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan untuk disampaikan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Pada hari sama, Kamarudin dalam satu kenyataan memaklumkan misi bantuan Ebit Lew dijadualkan bermula 25 Mei hingga 30 Mei lalu itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Katanya, urusan serta persediaan berkaitan misi itu sudah dirancang serta dibuat oleh Ebit Lew sendiri melalui kerjasama dengan rakan badan bukan kerajaan (NGO) mereka di Mesir.

Pada 27 Mei lalu, Ebit Lew melalui satu hantaran di Facebook, memaklumkan selamat tiba di Mesir dan membeli barangan keperluan asas serta ubat-ubatan yang akan dibawa menggunakan dua treler besar dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital-hospital di Semenanjung Gaza pada hari terbabit.

Banyak pihak kemudian tertanya-tanya mengenai status keadaannya serta perkembangan misi bantuan kemanusiaan itu selepas Ebit Lew tidak mengemas kini laman sosialnya selepas tarikh itu sehinggalah beliau memuat naik gambarnya di Facebook serta Instagram, hari ini.

Berita berkaitan
Bila Anwar nak tarik balik kenyataan berhubung isu Israel pada 2012?
October 28, 2022· Politik
Tak salahkan PKR kalau ada ahli jadi ejen Mossad, kata Hamzah
October 22, 2022· Isu semasa
4 beradik antara korban terkena peluru berpandu Israel
August 9, 2022· Dunia
Hospital Indonesia di Gaza rawat 54 penduduk Palestin cedera diserang Israel
August 8, 2022· Dunia
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok