Dasar monetari proaktif kerajaan jamin ringgit, pasaran kewangan stabil: Zafrul

August 11, 2022 · Isu semasa

Kerajaan proaktif memastikan kestabilan ringgit dan pasaran kewangan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) memelihara kestabilan kewangan domestik melalui pelaksanaan dasar monetari berhemat, termasuk meminimumkan pendedahan hutang Kerajaan Persekutuan terhadap risiko turun naik pertukaran mata wang melalui penetapan had pinjaman luar negeri, lapor Bernama.

“Kita juga memastikan dasar pertukaran fleksibel kekal menjadi barisan pertahanan pertama Malaysia untuk menyerap kejutan luaran dan pada masa yang sama memastikan aktiviti pinjaman domestik terus disokong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Jefridin Atan mengenai langkah kerajaan untuk meminimumkan impak langkah pengetatan monetari yang agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Tengku Zafrul berkata, kerajaan turut mengekalkan kekukuhan rizab antarabangsa BNM yang dianggarkan berjumlah US$109 bilion (US$1=RM4.44) sebagai penampan mudah tunai bagi memastikan pelarasan kadar pertukaran ringgit yang teratur terutamanya semasa tempoh aliran modal yang besar dan tidak menentu.

“Yang terakhir, kita mesti memastikan institusi perbankan Malaysia kekal berdaya tahan terhadap risiko luaran dan domestik melalui amalan pengurusan risiko yang mantap,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata nilai ringgit menurun sebanyak 6.5 peratus berbanding dolar AS sejak Januari hingga 9 Ogos, 2022, sejajar dengan pergerakan mata wang serantau dan negara maju.

Beliau berkata pelbagai mata wang negara lain turut menyusut pada kadar yang lebih tinggi berbanding dolar AS dalam tempoh yang sama.

“Ia termasuk negara jiran kita di Asia seperti Korea yang telah jatuh sebanyak sembilan peratus, United Kingdom, Eropah, Jepun serta negara-negara yang lebih dekat dengan kita seperti Filipina,” katanya.

Prestasi nilai ringgit perlu dilihat secara menyeluruh, katanya sambil menambah bahawa secara puratanya, kadar pertukaran ringgit tidak terlalu terkesan berbanding mata wang rakan dagangan Malaysia.

Menurut Tengku Zafrul, terdapat beberapa faktor luaran yang menyebabkan nilai ringgit merosot sejajar dengan kebanyakan mata wang utama dan serantau lain.

“Pertama, peningkatan mendadak dalam tekanan inflasi terutamanya di AS yang mana kita dapat lihat inflasi naik kira-kira sembilan peratus yang telah mendorong Fed serta beberapa bank pusat untuk meningkatkan kadar dasar dengan lebih pantas yang boleh menjurus kepada persekitaran kewangan global yang lebih ketat.

“Faktor kedua ialah keadaan geopolitik di Rusia dan Ukraine, manakala faktor ketiga adalah kelembapan ekonomi China, kerana China iaitu rakan dagangan utama Malaysia dan polisi Covid-19 yang begitu konservatif telah menyebabkan rangkaian bekalan agak terganggu,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Md Nasir Hashim berkenaan faktor-faktor luaran lain yang dijangka menyebabkan nilai ringgit terus merosot selain faktor pengukuhan dolar AS.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
1 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
1 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
19 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok