Darurat Kesihatan tamat 1 Ogos

July 26, 2021 · Isu semasa

Kerajaan bersetuju untuk tidak melanjutkan darurat kesihatan selepas perintah sedia ada tamat 1 Ogos ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Sehubungan itu kerajaan tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk melanjutkannya, katanya pada sidang khas Dewan Rakyat, hari ini.

“Saya ingin mengesahkan pada hari ini, bahawa Kerajaan Persekutuan memutuskan tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila tamat pada 1 Ogos 2021.

“Kerajaan telah buat keputusan berdasarkan kepada perkara 105(3) Perlembagaan Persekutuan untuk membatalkan semua ordinan darurat yang dibuat semasa Proklamasi Darurat ini.

“Oleh itu, isu pembatalan (undang-undang) tidak lagi relevan,” katanya.

Bagaimanapun, pengumuman tersebut dibantah oleh ahli politik pembangkang, yang berterusan menyampuk ucapan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selepas sidang berjalan selama dua jam.

Beberapa minit beliau berucap, pemimpin DAP Gobind Singh Deo mencelah mengatakan pengumuman kerajaan untuk tidak melanjutkan Darurat harus ditentukan oleh Parlimen.

Takiyuddin memaklumkan keputusan itu dibuat pada mesyuarat terakhir Kabinet pada 21 Julai lalu.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok