Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini

September 22, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir kilat di Perak meningkat pagi ini dengan 129 mangsa daripada 48 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di daerah Taiping, Selama dan Batang Padang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan dua PPS baru dibuka pagi ini iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Jernih, Selama yang menempatkan 34 mangsa daripada 14 keluarga manakala seramai 38 mangsa daripada 16 keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Klah, Sungkai, lapor Bernama.

Jumlah mangsa banjir di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt, Taiping yang dibuka sejak semalam masih kekal dengan 57 mangsa daripada 18 keluarga.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Perak memaklumkan paras air Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang, Sungai Bidor di Changkat Jong dan Sungai Kerian di Selama berada pada paras berjaga-jaga.

Paras air di Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang merekodkan bacaan 13.19 meter, Sungai Bidor di Changkat Jong pula mencatatkan bacaan 3.20 meter manakala Sungai Kerian di Selama, pada paras 11.31 meter.

Ribut diramal berlaku pada sebelah petang di beberapa daerah antaranya Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang manakala hujan diramalkan melanda beberapa daerah antaranya Kampar, Hulu Perak dan Kerian.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan hanya satu lorong dibuka untuk dilalui semua kenderaan di FT077 Jalan Pengkalan Hulu-Sempadan Thailand Seksyen 5 di Hulu Perak akibat runtuhan dan pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) yang dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Jalan A 156 Jalan Karai-Jawang Trosor di Kuala Kangsar pula ditutup kepada semua kenderaan buat masa ini akibat tanah runtuh di kawasan itu.

Berita berkaitan
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun, Kelantan kekal
November 23, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak masih meningkat, Selangor sedikit berkurangan
November 10, 2023· Isu semasa
Banjir Selangor dan Perak belum reda, jumlah mangsa meningkat
November 8, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Perak dan Selangor meningkat
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
5 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
5 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok