Mangsa banjir di Perak masih meningkat, Selangor sedikit berkurangan

November 10, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir di Perak dilaporkan terus meningkat manakala keadaan di Selangor beransur pulih pagi ini.

Di PERAK, jumlah mangsa mencatat peningkatan dengan 507 mangsa daripada 155 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 470 mangsa banjir daripada 145 keluarga malam tadi, lapor Bernama.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan di Hilir Perak 165 mangsa daripada 52 keluarga berlindung di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan 144 orang daripada 46 keluarga.

Seramai 44 mangsa daripada 14 keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Chikus.

Mangsa banjir di Kerian pula kekal 97 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong masih pada tahap bahaya iaitu 4.12 meter (m), manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang 13.25m.

Sementara itu di SELANGOR, jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS berkurang sedikit kepada 697 mangsa daripada 178 keluarga berbanding 702 mangsa daripada 180 keluarga dilaporkan malam tadi.

Laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan 10 PPS sedang beroperasi di negeri itu membabitkan daerah Sepang (lima), Hulu Langat (dua) dan Kuala Langat (tiga).

Sementara itu, portal Public Info Banjir menunjukkan setakat 8.15 pagi, paras air Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor melebihi tahap amaran dengan trend menurun.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di PPS Kelantan dan Terengganu lebih 700 mangsa
November 25, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok