Banjir Selangor dan Perak belum reda, jumlah mangsa meningkat

November 8, 2023 · Isu semasa

Situasi banjir di Selangor dan Perak tidak menunjukkan tanda reda apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu terus mencatatkan peningkatan malam ini.

Di SELANGOR, jumlah mangsa terus meningkat kepada 722 orang daripada 184 keluarga berbanding 673 orang daripada 170 keluarga pagi tadi, lapor Bernama.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebuah lagi PPS dibuka di Dewan Dato Hormat Kampung Seri Cheeding, Jenjarom dalam daerah Kuala Langat yang menempatkan lapan mangsa, sekali gus menjadikan lapan PPS dibuka di negeri itu setakat malam ini.

Berdasarkan Info Banjir Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Selangor, dua sungai di negeri itu telah melepasi tahap bahaya iaitu Sungai Semenyih di Pekan Bangi Lama, Hulu Langat pada 17.15 meter (m) dan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat dengan aras air setinggi 11.38m setakat jam 7.30 malam ini.

Sungai Semenyih di Kampung Pasir, Hulu Langat dan Sungai Langat di Jenderam Hilir, Sepang pula telah melebihi tahap amaran dengan masing-masing mencatatkan aras air setinggi 49.86m dan 3.95m.

Sementara di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri itu dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir meningkat kepada 310 orang daripada 91 keluarga setakat malam ini berbanding 299 orang daripada 87 keluarga pagi tadi di empat PPS di daerah Hilir Perak dan Kerian.

“Jumlah mangsa di Hilir Perak bertambah kepada 156 orang daripada 48 keluarga di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, tiada lagi mangsa ditempatkan di PPS itu namun pusat itu belum ditutup secara rasmi.

“Mangsa banjir di Kerian pula kekal 97 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu,” menurut kenyataan itu.

JPS melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong masih berada di tahap bahaya pada 4.08m, Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang pula dalam keadaan berjaga-jaga pada paras 13.09m.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak pula memaklumkan laluan FT 147 Jalan Selama di Kerian masih ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh sementara laluan A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah dijadikan sebagai jalan alternatif.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok