Aset berkaitan 1MDB lebih banyak akan dirampas: KPN

August 16, 2023 · Isu semasa

Lebih banyak aset melibatkan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dirampas dalam masa terdekat susulan keterangan yang diberikan bekas peguam syarikat berkenaan Jasmine Loo Ai Swan, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata aset-aset yang dirampas itu kemudian akan dilucutkan hak untuk dikembalikan kepada kerajaan melalui proses mahkamah, menurut laporan Bernama.

“Jasmine Loo yang masih lagi berada di dalam tahanan polis telah memberikan kerjasama yang baik semasa siasatan.

“Beliau masih lagi ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dan siasatan kini dijalankan terutamanya membabitkan pengubahan wang haram,” katanya selepas melancarkan Madani Ride PDRM dan Ipoh Super Bike Club (ISBC) sempena Hari Polis ke-216 dan Bulan Kemerdekaan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ditanya adakah Loo akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat, Razarudin berkata pihaknya akan berbuat demikian selepas siasatan selesai.

Pada 12 Julai lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan polis telah menahan Loo pada 7 Julai bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan.

Loo merupakan bekas Pengarah Eksekutif Strategi Kumpulan 1MDB, dipercayai merupakan individu yang mempunyai maklumat berkenaan 1MDB dan didakwa termasuk dalam lingkaran dekat Jho Low.

Bloomberg sebelum ini melaporkan, penyiasat Switzerland yang menjalankan siasatan jenayah berhubung skandal 1MDB, memburu Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang dan Loo, berkaitan pemindahan AS$700 juta yang didakwa dilakukan secara haram.

Terdahulu, sekumpulan 150 penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada PDRM dan ISBC terlibat dalam konvoi selama enam hari ke seluruh semenanjung, termasuk selatan Thailand.

Berita berkaitan
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
September 21, 2023· Isu semasa
AS$30 juta masuk akaun Najib daripada syarikat samaran: Saksi
September 19, 2023· Isu semasa
RM60.6 juta dipindahkan ke akaun Najib antara Feb-Jun 2011: Saksi
September 19, 2023· Isu semasa
Siri kes rasuah pemimpin UMNO, Najib dan Arul Kanda dibebaskan pula
September 12, 2023· Politik
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
3 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
6 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
6 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
3 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok