Anwar kata lawatan ke UAE berjaya, sangat bangga

October 7, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion (US$8.6 billion) .

Beliau berkata kini terpulang kepada pimpinan kerajaan serta kementerian dan agensi terbabit untuk menjadikannya realiti yang pada akhirnya akan menguntungkan negara dan rakyat, lapor Bernama.

Katanya pelaburan terbesar adalah melalui pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) iaitu di antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC) berhubung kerjasama bagi menggalakkan pelaburan serta MIDA dan dan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC-Masdar berhubung projek-projek tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dengan kapasiti sehingga 10 gigawatt bernilai US$8 bilion.

“Saya juga mahu memberi penekanan kepada bidang Kecerdasan Buatan (AI) kerana UAE telah mencapai kemajuan yang menakjubkan dalam bidang ini. Masdar City dibangunkan secara canggih, moden dan memenuhi keperluan hijau dan kewujudan universiti bertaraf dunia, Mohamed bin Zayed University of Artifical Intellegence (MBZUAI), yang pertama mengkhususkan bidang AI.

“Mereka (MBZUAI) memberi laluan untuk bekerjasama dengan Malaysia dan universiti-universiti tempatan serta pelajar-pelajar Malaysia untuk belajar di sana bagi program siswazah,” katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan kerja dua hari beliau ke UAE.

Anwar berkata sepanjang lawatan kerja itu, beliau berkesempatan bertemu dengan ramai tokoh-tokoh penting di UAE yang mewakili sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan termasuk Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan beberapa menteri kanan.

Perdana Menteri turut bertemu dengan pemegang taruh dana kekayaan berdaulat UAE, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dan syarikat-syarikat perniagaan terbesar di UAE seperti Mubadala, Lulu Group International, Aldar dan ILC.

Selain Masdar, komitmen pelaburan lain adalah dalam sektor logistik yang bernilai US$450 juta dan sektor aeroangkasa bernilai US$150 juta.

Perdana Menteri juga turut berinteraksi dengan 35 pemain industri utama UAE semasa sesi Meja Bulat bertajuk “Roundtable Meeting with the Captains of Industry in the UAE”, selain pertemuan dengan Syarikat G42 yang mempunyai kepakaran dalam bidang AI.

Mengulas pertemuan dengan Presiden UAE, Anwar berkata pertemuan di antara mereka berlangsung lebih lama dari yang dirancang iaitu kira-kira satu jam.

“Pada pertemuan itu memang saya menekankan isu-isu ekonomi, perdagangan dan pelaburan. Sebagai sesama negara Islam, kita membincangkan soal diplomatik dan isu-isu serantau dunia Arab dan Asia,” katanya.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok