Aidilfitri: 80 peratus tiket tambahan AirAsia habis dijual

April 15, 2023 · Isu semasa

Lebih 80 peratus tiket penerbangan tambang murah telah habis dijual seminggu sebelum Aidilfitri, kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.

Beliau berkata setakat kelmarin (13 April 2023), syarikat itu berjaya menjual kira-kira 82 peratus daripada 11,400 tempat duduk tambahan untuk tempoh 19 April hingga 22 April.

Beliau berkata antara laluan yang paling dicari ialah Kuala Lumpur – Tawau; Johor Bahru – Kuching; Johor Bahru – Sibu; dan Kuala Lumpur – Kuching.

“Bagaimanapun, masih terdapat tempat duduk untuk tiket harga tetap kos rendah seperti Kota Kinabalu ke Johor Bahru; Johor Bahru ke Kota Kinabalu; Bintulu ke Kuala Lumpur; Kuching ke Johor Bahru; Miri ke Johor Bahru; Sibu ke Johor Bahru dan Kuala Lumpur, dan Tawau ke Kuala Lumpur untuk tempoh yang sama,” katanya memetik laporan Bernama.

Pada masa sama, tempat duduk untuk penerbangan tambahan istimewa pada harga tetap kos rendah bagi penerbangan antara 28 April dan 1 Mei masih tersedia.

Pada 7 Mac, syarikat itu melancarkan 124 penerbangan tambang rendah tetap tambahan khas untuk Aidilfitri antara 19 April dan 1 Mei.

Sementara itu, syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu MYAirline Sdn Bhd mendapat sambutan positif apabila antara 85 hingga 90 peratus tiketnya untuk semua destinasi telah dijual sempena perayaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Rayner Teo berkata Kota Bharu, Tawau dan Kota Kinabalu menerima permintaan tinggi sehingga kini.

“Buat masa ini, masih ada tempat duduk tetapi ia laris dijual.

“Kami juga akan menambah dua penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dari 19 April hingga 21 April. Kami telah pun menambah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau daripada sekali sehari kepada dua kali sehari berikutan permintaan tinggi,” katanya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Muhyiddin sangkal fitnah kaitkan dengan MYAirline
October 18, 2023· Isu semasa
PMX pula umum peruntukan tambahan RM50 juta bagi program Rahmah
July 31, 2023· Politik
9,000 lebih anggota polis tambahan dikerah bantu PRN enam negeri
July 16, 2023· Isu semasa
Popular
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok