Muhyiddin sangkal fitnah kaitkan dengan MYAirline

October 18, 2023 · Isu semasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan cubaan pihak tertentu cuba mengaitkan dirinya syarikat penerbangan MYAirlines sebagai satu fitnah murahan yang dibuat untuk memburukkan peribadinya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menjelaskan tidak mempunyai kaitan dengan syarikat penerbangan tersebut yang cuba dikaitkan oleh pihak musuh politik, malah tidak mengetahui kewujudan latar belakang syarikat itu.

“Saya dapati ada pihak yang cuba mengaitkan saya dengan kemelut yang melibatkan syarikat penerbangan MYAirline.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tiada kaitan langsung dengan syarikat penerbangan ini atau mana-mana pemegang saham syarikat. Saya juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai latar belakang syarikat ini,” katanya dalam satu kenyataan di hantaran Facebook.

Jelasnya lagi, syarikat itu diberikan kelulusan bukan semasa pentadbirannya dan dakwaan syarikat guaman mempunyai kaitan dengan beliau adalah sesuatu tafsiran yang tidak tepat.

“Carian saya menunjukkan bahawa syarikat ini mendapat kelulusan bersyarat lesen perkhidmatan udara pada 22 Disember 2021 iaitu semasa saya tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

“Penglibatan firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (RDS) sebagai peguam bagi pihak pemegang saham syarikat MYAirline tidak boleh dikaitkan dengan saya. RDS sebagai sebuah firma guaman berhak untuk mewakili sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat guamannya,” katanya lagi.

Muhyiddin juga menggesa pihak tertentu yang cuba mencetuskan fitnah tersebut supaya berhenti daripada meneruskan tindakan tersebut.

“Saya percaya ada pihak-pihak tertentu yang cuba mencemarkan nama baik saya dengan membuat tuduhan jahat kononnya saya terbabit dengan syarikat ini.

“Hentikanlah politik murahan yang kotor ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, berlaku kekecohan akibat kegagalan MYAirline meneruskan operasi sehingga menyebabkan para penumpangnya tergendala menaiki pesawat penerbangan.

MYAirline kemudiannya mengumumkan penggantungan dan ia dilaporkan tertakluk kepada penyusunan semua dan keupayaan syarikat memodali operasi.

Berita berkaitan
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok