9,000 lebih anggota polis tambahan dikerah bantu PRN enam negeri

July 16, 2023 · Isu semasa

Seramai 9,602 pegawai dan anggota polis akan dihantar bagi membantu Pilihan Raya Negeri (PRN), di enam negeri terlibat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata bantuan yang akan diselaraskan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) itu, bagi memastikan proses pilihan raya berjalan lancar, menurut laporan Bernama.

“Sejumlah 9,602 anggota tambahan akan dikerahkan ke enam negeri terlibat. Sebagai contoh hampir 2,000 anggota tambahan akan membantu di Kelantan dan Selangor, Terengganu (2,048) dan Pulau Pinang (663).

“Anggota itu mencukupi bagi menentukan keselamatan peti undi, kertas undi, dakwat dan pengundi boleh keluar mengundi,” katanya pada sidang media selepas Taklimat PRN Kontinjen Kelantan di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Mengulas mengenai Kelantan, Razarudin berkata sejumlah 16 kawasan tumpuan telah dikenal pasti di seluruh negeri.

“Polis Kelantan telah melaksanakan Op Cantas sejak Mei lalu, mereka telah mengenal pasti pihak-pihak yang boleh mencetus kekacauan.

“Namun begitu berdasarkan taklimat tadi, saya percaya PRN Kelantan akan berjalan lancar, sekali lagi saya tekankan kepada pengundi bahawa selamat untuk keluar mengundi,” katanya.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
5 jam lalu· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
6 jam lalu· Politik
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
5 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
5 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
6 jam lalu · Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok