Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam

December 27, 2023 · Isu semasa

Kira-kira 400 penduduk Kampung Pemberian di sini terputus hubungan dengan pusat bandar berikutan jalan sepanjang 100 meter di penempatan itu ditenggelami air akibat banjir sejak Isnin lepas.

Hal itu menyukarkan kehidupan harian penduduk malah ada yang terpaksa bergantung harap kepada bantuan jiran yang mempunyai bot atau menempuh perjalanan sejauh 30 kilometer (km) dengan mengambil masa 45 minit melalui laluan alternatif untuk merentasi Sungai Lebir ke pusat bandar, lapor Bernama.

Penduduk kampung yang juga petugas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Pemberian Che Rasidi Mustapha, 54, berkata keadaan itu menyukarkan penduduk terutamanya warga emas yang perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Rata-rata penduduk kampung ini ramai orang tua yang ada penyakit. Susah sebenarnya nak bawa mereka keluar naik bot sebab nanti sudah seberang perlu cari jalan pula macam mana hendak bawa mereka ke hospital, kami cuma boleh harapkan ambulans tunggu di seberang,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk Adnan Daud, 54, berkata paras air sungai naik dengan begitu pantas dalam tiga jam menyebabkan beliau serta keluarga terpaksa berpindah ke PPS berkenaan pada 8 malam, Isnin.

“Orang kampung bantu selamatkan kami enam sekeluarga keluar naik perahu dalam gelap. Saya ketakutan sebab ada penyakit lelah dan sakit jantung, takut jadi apa-apa.

“Sekarang di PPS, saya tidak boleh pergi jumpa doktor kalau saya sakit. Penyakit lelah ini tidak tentu, malam-malam bila sejuk pun boleh terjadi,” katanya yang menghidap kedua-dua penyakit itu sejak 2011.

Dalam pada itu seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Asri berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan kerja naik taraf di jalan yang ditenggelami air itu bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

“Kalau berlaku banjir, jalan itu pasti dinaiki air sebab ada lembah yang rendah sedikit. Dalam juga sehinggakan trak besar hendak lalu pun tidak lepas.

“Saya harap mereka yang berkenaan boleh memberikan perhatian kepada masalah kami di sini kerana bukan sahaja kami terpaksa jalan jauh ikut jalan belakang yang gelap untuk keluar, ia sukarkan urusan kami setiap kali berlaku banjir,” katanya.

Setakat 4 petang tadi, 25 PPS di Kuala Krai menempatkan 1,896 mangsa banjir daripada 515 keluarga.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
24 Jan keputusan kes rasuah Zahid
December 6, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok