PMX pula umum peruntukan tambahan RM50 juta bagi program Rahmah

July 31, 2023 · Politik

Peruntukan tambahan RM50 juta untuk memperluaskan inisiatif Rahmah diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Pengumuman peruntukan tersebut dibuat Perdana Menteri (PMX) walaupun anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini juga dikritik kerana membuat pengumuman peruntukan yang didakwa pengkritik berunsur rasuah semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung ketika ini.

Anwar mengumumkan peruntukan tambahan RM50 juta itu bagi memastikan inisiatif program tersebut diperluaskan ke semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara.

“Kerana kejayaan awalnya, kementerian ada mengusulkan supaya kalau boleh kita perluaskan (program Rahmah) di setiap kawasan DUN di negara ini supaya semua dapat mengecap kemudahan itu.

“Tentunya ia mengambil kos yang lebih. Saya akan pastikan untuk menyegerakan pelaksanaan ini secara berperingkat dan kita luluskan tambahan RM50 juta untuk ini.

“Kita lakukan ini kerana ia menyentuh secara langsung golongan berpendapatan rendah. Tak ada makna bicara soal rahmah, tidak ada makna bicara soal perjuangan, tiada erti bicara soal kasih sayang, ihsan dan prihatin kalau soal makanan mereka (golongan berpendapatan rendah) tidak terjamin,” katanya dipetik laporan BH semalam.

Anwar berucap semasa Majlis Perasmian Penutup Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023 semalam.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri yakin sasaran untuk menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini tidak mustahil memandangkan Malaysia memiliki sumber yang banyak, selain dibantu sikap prihatin dan kasih sayang dalam kalangan elit profesional dan ahli perniagaan di negara ini.

“Tak mungkin kita fikir boleh hidup dengan selesa, kemudian ada keluarga di Sarawak, Kelantan, Kedah atau di pinggir bandar Kuala Lumpur tak ada wang untuk beli susu anak, tidak cukup wang untuk beli uniform sekolah untuk anak. Ini tidak harus berlaku di Malaysia tercinta,” katanya.

Dalam pada itu, PMX juga dilaporkan media mempertahankan timbalannya, Zahid yang membuat pengumuman di Terengganu yang didakwa berunsur rasuah kepada pengundi.

Berucap di Terengganu pada 28 Julai, Zahid yang juga menteri pembangunan luar bandar dan wilayah mengumumkan peruntukan berjumlah RM100,000 untuk sebuah pertubuhan belia, yang akan disalurkan melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada Majlis Belia Terengganu dan RM200,000 kepada persatuan penunggang motor, sambil menambah bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudian akan “menambah” jumlah itu.

Zahid ketika itu berkata peruntukan tambahan itu adalah dengan syarat bahawa golongan belia di Terengganu akan menyokong “gelombang biru dan merah”, merujuk kepada gabungan PH-UMNO.

Pengumuman Zahid dibuat sehari selepas Anwar sendiri mengumumkan pemberian RM100 dalam bentuk kredit e-tunai kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dewasa.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
6 jam lalu· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
7 jam lalu· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
7 jam lalu· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023 · Politik
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023 · Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok