64,773 penghantar Grab, Food Panda daftar skim bawah Perkeso

July 23, 2021 · Isu semasa

Sejumlah 64,773 pencarum aktif yang terdiri daripada penghantar Grab Malaysia dan Food Panda telah berdaftar dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) setakat 9 Julai 2021.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata jumlah tersebut merangkumi 39 peratus daripada jumlah orang bekerja sendiri (OBS) aktif yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) iaitu kira-kira 166,000 orang.

“Saya menyeru semua platform penyedia perkhidmatan untuk turut mengikut jejak langkah Grab Malaysia dan Food Panda dalam menzahirkan keprihatinan mereka terhadap rakan penghantar seterusnya menyokong usaha kerajaan dengan memastikan rakan penghantar mereka didaftar, dicarum dan dilindungi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-62 yang dikeluarkan pada Khamis.

Memetik laporan Bernama, Tengku Zafrul berkata platform penyedia perkhidmatan, Grab Malaysia dan Food Panda, telah mendaftarkan hampir kesemua rakan penghantar mereka di bawah Skim Pekerjaan Sendiri Lindung (SPS Lindung) di bawah Perkeso.

Menurutnya, skim ini merupakan penambahbaikan kepada Program Dana Padanan Bagi Platform Ekonomi Gig (PenjanaGig) bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada orang yang bekerja sendiri di bawah SKSPS.

“Program antara Perkeso dan platform penyediaan penghantaran ini merupakan satu lagi pendekatan strategik dan proaktif dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada mereka yang bekerja sendiri termasuk rakan penghantar.

“Kerjasama ini mencerminkan semangat pendekatan ‘whole of nation’ di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya.

Bagi memastikan golongan ini dilindungi dan menggalakkan mereka mendaftar, kerajaan melalui SPS Lindung menyediakan bantuan berbentuk pembiayaan penuh caruman SKSPS di bawah pelan dua, iaitu sebanyak RM232.80 untuk tempoh perlindungan setahun.

“Selaku peneraju kepada 133 platform penyedia perniagaan di Malaysia, Grab Malaysia dan Food Panda merupakan dua platform pertama yang tampil menyahut seruan tersebut dan hasilnya, rakan penghantar di bawah naungan mereka kini dilindungi oleh Skim Bencana Pekerjaan di bawah SKSPS,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, pengekalan penarafan kredit Fitch Ratings pada BBB+ terhadap Malaysia baru-baru ini menjadi bukti ketahanan ekonomi negara berdepan dengan ketidakpastian keadaan semasa.

Ini juga, katanya, mencerminkan kemampuan negara untuk terus menawarkan prospek pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh dan meluas, di samping menjadi satu pengiktirafan kepada polisi dan usaha kerajaan yang berterusan.

“Fitch Ratings telah mengekalkan kredit berdaulat Malaysia dengan prospek stabil dalam indeks “issuer default rating” atau penarafan kelalaian penerbit yang menjadi kayu ukur kepada keteguhan kredit negara-negara berdaulat di dunia.

“Secara ringkasnya, ini adalah seumpama penarafan kredit individu, cuma sistem penarafan ini berlaku pada skala yang lebih besar serta kompleks dan melibatkan sektor-sektor utama sebuah negara seperti sektor ekonomi, kewangan dan sebagainya,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Ditolak dalam PRN, Zafrul kata tidak tahu apa lagi jenis amaran perlu diberi
August 14, 2023· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok