143 PATI ditahan, bot terkandas di beting pasir

April 30, 2022 · Isu semasa

Seramai 143 pendatang tanpa izin termasuk 134 etnik pelarian Rohingya ditahan di perairan laut Kuala Kurau hari ini.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kesemua mereka yang berumur lingkungan lima tahun hingga 40-an itu ditahan kira-kira enam batu nautika di perairan laut Kuala Kurau di antara 7 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Semua warga asing itu termasuk empat lelaki warga Bangladesh dan lima lelaki Myanmar ditahan selepas bot yang dinaiki mereka tersangkut pada beting pasir Kalumpang di perairan berkenaan.

“Mereka yang ditahan itu membabitkan 66 lelaki dan 59 wanita serta kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing sembilan orang,” katanya memetik laporan Bernama, hari ini.

Beliau berkata mereka datang dari Myanmar dan berada di perairan itu setelah bot dinaiki tersangkut pada beting pasir.

Katanya semasa pemeriksaan, seramai 87 orang berada di atas bot manakala yang lain bertindak melarikan diri dengan berenang ke daratan sebelum ditahan.

Berita berkaitan
Bot Perikanan hanyut ditemui tentera Indonesia, 4 staf selamat
March 1, 2023· Isu semasa
Polis tembak mati tekong warga asing cuba serang anggota PGA
September 22, 2022· Isu semasa
Imigresen siasat ejen bawa masuk pendatang asing jual kad UNHCR
September 17, 2022· Isu semasa
Dua warga asing miliki pasport Malaysia ditahan di Bangkok
September 3, 2022· Dunia
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok