Polis tembak mati tekong warga asing cuba serang anggota PGA

September 22, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki dipercayai tekong, maut terkena satu das tembakan selepas cuba menyerang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) menggunakan sebilah parang dalam kejadian di kawasan Jeram Perdah, Pasir Mas dekat sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kejadian berlaku ketika sepasukan pegawai dan anggota polis dari unit Strike Force Kompeni A, Batalion 9 PGA menjalankan rondaan dalam Ops Wawasan dan melihat kelibat sekumpulan pendatang haram telah menyeberang dari negara jiran melalui jalan yang tidak diwartakan pada jam 1.40 pagi.

“Ketika kejadian, anggota PGA cuba menahan suspek namun secara tiba-tiba salah seorang dalam kumpulan tersebut telah berlari ke arah pengadu dan cuba bertindak menyerang anggota dengan menggunakan parang.

“Anggota PGA itu telah melepaskan satu das tembakan bagi mempertahankan dirinya dari serangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lelaki itu yang dipercayai bukan warganegara Malaysia, berumur lingkungan awal 30-an serta tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati lelaki itu masih bernyawa dan terdapat kesan tembakan di bahu kiri sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 2.12 pagi tadi.

“Pemeriksaan lanjut ke atas badan si mati mendapati terdapat kesan luka tembakan di bahu kiri dan tiada parut Bacille Calmette-Guerin (BCG) ditemui.

“Mangsa dipercayai tekong yang membawa masuk pendatang haram melalui jalan tersebut ke satu tempat persembunyian sebelum di ambil oleh ‘transpoter’ yang lain.

“Pihak polis telah membuat rampasan sepucuk pistol jenis STYER bersama peluru dan sebilah parang dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata 1960, Seksyen 55 E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Polis turut menahan lima lelaki dan dua wanita disyaki pendatang tanpa izin warga Myanmar. – Bernama

Berita berkaitan
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
10 jam lalu· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
16 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
16 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
17 jam lalu · Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
6 minit lalu
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok