Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang

May 10, 2021 · Isu semasa

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan kakitangan awam supaya meletak jawatan jika berasa tidak selesa dengan kerajaan yang bukan mewakili parti yang mereka sokong atau suka.

Beliau turut mengingatkan ada beberapa negara memilih pendekatan dengan meletakkan pegawai penting dalam setiap kementerian dan jabatan mengikut parti yang memerintah, dan ditukarkan apabila parti itu tidak lagi memerintah.

Sebaliknya, kata beliau, ada juga negara apabila sesebuah kerajaan yang memerintah bertukar parti, individu yang dilantik tetap dikekalkan jawatan masing-masing, tanpa ditukar dengan orang lain.

“Mengikut peraturan, pegawai yang dikekalkan itu mestilah mengikut arahan kerajaan yang dikuasai oleh parti yang memerintah, walaupun mereka tidak menyokong parti yang menjadi kerajaan.

“Jika mereka merasa tidak selesa dengan kerajaan yang bukan daripada parti yang disokong olehnya, secara moral mereka boleh sahaja meletakkan jawatan dan tidak memegang jawatan mengikut kemahuannya,” katanya.

Memberi contoh, Abdul Hadi berkata, seorang pemain bola sepak profesional yang berasal dari Kedah menerima tawaran lumayan untuk bermain di Selangor.

“Dalam perlawanan bola sepak antara negeri asalnya iaitu Kedah dengan pasukan bola sepak negeri Selangor, tiba-tiba dia menyerang pintu gol Selangor untuk memenangkan pasukan negeri asalnya. Ini adalah suatu perkara yang salah dari segi moral.

“Begitulah mereka yang menyokong Pakatan Harapan (PH) dan berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), tiba-tiba mengikut arahan PH yang sudah tidak menjadi kerajaan lagi,” katanya tanpa merujuk kepada mana-mana pihak yang bersara atau meletak jawatan di dalam kerajaan PN.

Baru-baru ini, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mencetuskan kontroversi dengan mengeluarkan kenyataan yang didakwa memburuk-burukkan kerajaan, beberapa hari sebelum beliau bersara.

Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara selepas PH diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad menang Pilihan Raya Umum Ke-14 sekali gus membentuk kerajaan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi mengingatkan kakitangan awam untuk berperanan sebagai satu pasukan dalam mengurus dan mentadbir kerajaan.

“Pada masa yang sama, setiap pihak bergerak mengikut peranan masing-masing, seperti kepala dan badan, kaki dan tangan, telinga dan mata dan lain-lain anggota.

“Begitulah juga anggota dalam kerajaan, semua pihak berperanan mengukuhkan kerajaan dan negara yang satu dengan penyelarasan, bukannya dengan menimbulkan kecelaruan dan percanggahan antara satu sama lain dalam mengurus dan mentadbir,” katanya.

Berita berkaitan
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Zeti beritahu saya Najib banyak duit dalam akaun: Dr M
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok