Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor

September 28, 2022 · Isu semasa

Seramai 15,972 anggota meliputi pelbagai agensi pusat dan negeri akan ditempatkan di seluruh Selangor bagi menghadapi bencana berikutan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.

Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Muhamad Shah Osmin berkata setiap anggota terlibat akan dipersiapkan khususnya dalam menguruskan sebarang kemungkinan berlaku banjir besar pada hujung tahun ini seperti yang diramal Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini.

“Persiapan tahun ini kita laksana lebih awal terutama dari segi menyiapkan anggota, bukan sahaja di peringkat negeri malah di peringkat daerah seperti ketua kampung dan wakil penduduk yang juga boleh lakukan kerja-kerja pengurusan,” katanya selepas program Latih Amal dan Simulasi Bencana Selangor di Shah Alam, hari ini.

Muhamad Shah berkata 164 bot akan disediakan serta ditempatkan di semua daerah, ia tidak termasuk aset lain seperti lori dan kenderaan pacuan empat roda yang akan turut diagihkan.

Menurutnya 796 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diselia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diwartakan boleh menampung kira-kira 151,000 mangsa.

Mengenai program yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, Muhamad Shah berkata ia membabitkan 343 peserta daripada 67 agensi yang terlibat dari aspek komunikasi, perkhidmatan, peralatan dan aset dalam menghadapi bencana.

“Kami akan fokus kepada pengurusan komunikasi kerana berdasarkan dapatan postmortem, hasil kajian dan pemeriksaan di peringkat negeri mendapat ia elemen penting dalam pengurusan sesuatu insiden (bencana).

“Sekiranya tidak dilaksanakan dengan baik teratur dan tertib, kita takut berlakunya masalah dalam sesuatu pengurusan bencana sebagai contoh bantuan tidak sampai pada mangsa, bagi mencari dan menyelamat pula anggota mungkin mencari di lokasi salah serta pengurusan pascabanjir tidak diuruskan di kawasan sepatutnya,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok