Dua warga asing miliki pasport Malaysia ditahan di Bangkok

September 3, 2022 · Dunia

Seorang lelaki Myanmar dan isterinya warga Thailand ditahan di Bangkok pada Khamis, kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan orang di kem transit dan kubur besar yang dijumpai di Wang Kelian pada 2015.

Penolong ketua polis Thailand, Leftenan Jeneral Surachate Hakparn berkata lelaki berusia 55 tahun itu dan isterinya, memiliki pasport Malaysia telah melarikan diri dari Thailand ke Kuala Lumpur (pada 2015) dan menukar identiti mereka agar sukar dikesan pihak polis, menurut laporan Bernama.

“Suami isteri itu mengaku telah menukar nama. Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan, termasuk pemerdagangan Rohingya (pada 2015),” katanya pada sidang media di sini.

Surachate berkata waran tangkap telah dikeluarkan kepada pasangan itu berhubung kes pemerdagangan orang dan pengubahan wang haram pada tahun sama.

“Pasangan itu terlibat dalam kes pemerdagangan Rohingya dari Rakhine di Myanmar dan transit di Thailand sebelum memasuki Malaysia.

“Mereka juga melakukan pengubahan wang haram melalui operasi syarikat bas persiaran mereka,” katanya.

Surachate mengucapkan terima kasih kepada polis Malaysia atas kerjasama yang diberikan dalam membantu menahan pasangan itu.

“Sehingga kini, polis Thailand telah mengeluarkan waran tangkap kepada 153 individu, termasuk pegawai tentera Thailand dan pegawai tempatan yang didakwa terlibat dalam kes itu.

“Kami telah menahan 124 setakat ini,” katanya.

Pada Mei 2015, pihak polis menjumpai 139 kubur di 28 kem sementara yang dikendalikan oleh sindiket pemerdagangan manusia di hutan berhampiran sempadan Thailand-Malaysia di Wang Kelian.

Kubur serupa juga turut dijumpai di Thailand.

Mangsa dipercayai berasal dari Myanmar dan Bangladesh untuk mencari pekerjaan.

Pada 2019, satu suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk meneliti bukti yang dikaitkan dengan kem tarnsit dan kubur besar itu.

Seramai 48 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Berita berkaitan
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023· Dunia
Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok
October 10, 2023· Isu semasa
7 lelaki Pakistan ditahan disyaki terlibat pemerdagangan orang
June 14, 2023· Isu semasa
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok