Imigresen siasat ejen bawa masuk pendatang asing jual kad UNHCR

September 17, 2022 · Isu semasa

Jabatan Imigresen mengesan warga Myanmar daripada etnik Rohingya memasuki negara ini menggunakan ejen, termasuk berjaya mendapatkan kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu secara mendalam menerusi jawatankuasa di Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan lanjut.

“Saya sempat menemu bual beberapa pemegang kad UNHCR Rohingya (semasa operasi) malam ini (malam tadi) dan mereka mengaku memasuki Malaysia melalui sempadan Kedah dan Kelantan dari Thailand, malah mengaku ia (masuk Malaysia) diuruskan oleh ejen.

“Malah, mereka juga mengakui bahawa ejen itu menguruskan perjalanan ke pejabat UNHCR di Kuala Lumpur untuk proses mendapatkan kad berkenaan. Kami akan meneliti perkara ini dengan lebih teliti melalui jawatankuasa di KDN.

“Mereka (etnik Rohingya) tidak membeli (kad UNHCR) tetapi mereka membayar ejen antara RM5,000 dan RM7,000 setiap seorang dan ejen akan membawa mereka ke pejabat UNHCR.

“Pemahaman mereka kad itu dibeli tetapi sebenarnya mereka membayar ejen terbabit menguruskan kemasukan mereka,” katanya selepas operasi dijalankan Jabatan Imigresen di tapak projek perumahan di Kubang Menerong di George Town.

Khairul Dzaimee berkata, dalam operasi itu, pihaknya memeriksa 36 warga asing yang bekerja di tapak pembinaan sebelum menahan 25 daripada mereka, termasuk seorang wanita, kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa dan mempunyai dokumen yang meragukan.

Beliau berkata antara yang ditahan dalam operasi bermula jam 11.15 malam itu ialah 10 lelaki warga Bangladesh, lapan lelaki Indonesia, enam lelaki lain dan seorang wanita warga Myanmar.

“Mereka kemudian dibawa ke depoh tahanan untuk siasatan lanjut.

“Antaranya, ada yang menggunakan dokumen yang meragukan, terutamanya pemegang kad UNHCR, yang kami syak mungkin palsu,” katanya.

Operasi malam tadi merupakan yang ke-261 dijalankan Jabatan Imigresen Pulau Pinang sepanjang tahun, di mana seramai 193 warga asing bersama 32 majikan telah ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Walaupun bilangan PATI (pendatang asing tanpa izin) yang ditahan dalam operasi itu tidak ramai berbanding jumlah operasi yang dijalankan, jumlah kompaun yang dikenakan kepada majikan dan warga asing adalah melebihi RM2.5 juta,” katanya.

Berita berkaitan
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
Tidak pernah ada menteri ‘rempuh’ kementerian lain
July 4, 2023· Isu semasa
Sengaja lempar tuduhan, alih perhatian dari isu utama : Cuepacs
July 4, 2023· Isu semasa
Imigresen siasat kes menteri buat kecoh di KLIA
June 30, 2023· Isu semasa
Popular
Gejala sugar baby, baby boy kian meningkat
August 1, 2021
Pokok tumbang hempap empat kenderaan di Cheras
November 6, 2022
Sembilan daripada 10 remaja perempuan ketagih seks: Kajian
September 27, 2021
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok