Imigresen siasat kes menteri buat kecoh di KLIA

June 30, 2023 · Isu semasa

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah memulakan siasatan terhadap kekecohan yang melibatkan seorang menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata siasatan dijalankan secara menyeluruh merangkumi semua aspek berkaitan.

“Maklum balas laporan berita berkenaan insiden kekecohan di KLIA melibatkan orang kenamaan yang menuntut imigresen bebaskan pelawat dari China dari Tindakan Notis Tolak Kemasukan (NTL)

JIM merujuk laporan berita yang diterbitkan oleh sebuah portal berita atas talian bertajuk ‘EKSKLUSIF: Menteri buat kecoh di KLIA tuntut pelawat China ditahan imigresen dibebaskan’ yang diterbitkan pada 29 Jun 2023 yang kemudiannya berita tersebut dipetik oleh beberapa agensi media yang lain.

“Jabatan ini telah mengambil tindakan serta-merta memulakan siasatan ke atas dakwaan kejadian yang dilaporkan dalam berita tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, petang ini.

Sehubungan dengan itu, pihaknya meminta orang ramai memberikan ruang agar siasatan dapat dijalankan dengan telus.

Beliau juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh menggganggu siasatan.

Hari ini, BebasNews melaporkan seorang seorang menteri bertindak menceroboh masuk balai ketibaan antarabangsa di KLIA, petang semalam gara-gara ingin ‘menyelamatkan’ wanita warga China yang dinafikan daripada memasuki negara ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Akmal menegaskan menjawat sebagai menteri bukan tiket untuk beliau melakukan apa saja.

“Menteri bukan bermakna kamu boleh melakukan apa sahaja, menteri bermakna kamu perlu bekerja dan melaksanakan amanah rakyat bukan sebaliknya,” katanya,

Menurut laporan itu, menteri berkenaan yang mendapat tahu mengenai tahanan itu telah ke KLIA dan memasuki dewan ketibaan tanpa memohon pas.

“Bila dihalang, dia menggunakan kuasa menterinya dan marah Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen kerana mahu menyelamatkan wanita warga China itu yang ditahan memasuki negara semasa tiba semalam,” dakwa satu sumber portal tersebut.

Ketika diminta mengulas kejadian itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hanya mengatakan masih belum menerima laporan berkait kejadian itu.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Popular
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Derita kanser hati, bekas ketua perisik Hasanah meninggal dunia
May 5, 2023
Kes kalimah Allah untuk Sarawak sahaja, Anwar silap: Baru Bian
May 17, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
20 jam lalu · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok