Sengaja lempar tuduhan, alih perhatian dari isu utama : Cuepacs

July 4, 2023 · Isu semasa

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) melihat tuduhan melulu tanpa bukti yang dilemparkan terhadap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hanya memberi persepsi buruk kepada perkhidmatan awam.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata beliau melihat tuduhan tersebut sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian terhadap isu utama yang sebenarnya berlaku.

“Sekiranya benar wujudnya budaya rasuah seperti digambarkan, perkara itu sepatutnya dilaporkan dengan bukti jelas terus kepada Suruhanjaya Pencegarah Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tuduhan tanpa bukti atau asas ini hanya mengundang penghakiman awam oleh masyarakat yang hanya mengundang persepsi negatif kepada perkhidmatan awam,” katanya lapor Kosmo, hari ini.

Beliau meluangkan masa menyantuni operasi penguatkuasa JIM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Beliau yang memandang serius soal tuduhan itu berkata, Cuepacs bersolidariti sepenuhnya dengan JIM selagi mana tiada pelanggaran undang-undang dibuktikan oleh pihak berkuasa.

Katanya, tiada istilah ‘kebal’ terhadap mana-mana penjawat awam yang didapati melakukan kesalahan begitu juga pihak luar mencampuri urusan dalaman agensi kerajaan.

Beliau turut menegaskan, Cuepacs menolak sebarang campur tangan luar dalam urusan keselamatan negara yang digalas oleh JIM atau mana-mana agensi kerajaan.

Minggu lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing membuat kecoh setelah menyerbu masuk ke balai ketibaan antarabangsa untuk ‘menyelamatkan’ seorang pelancong China yang dinafikan daripada memasuki negara ini oleh JIM.

Malah dalam kenyataannya menjelaskan keadaan itu, Tiong mendakwa pegawai Imigresen di KLIA terlibat aktiviti rasuah.

Sementara itu JIM dalam satu kenyataan sejurus gambar dan berita berkaitan pencerobohan itu tular menegaskan pihak menjalankan siasatan segera berkait kejadian itu.

Berita berkaitan
Tak sesuai mabuk depan orang awam sebagai menteri, sindir Wan Saiful
November 1, 2023· Politik
Video tular mabuk, Menteri Pelancong kata apa salahnya?
October 31, 2023· Politik
MOTAC tak hadir prosiding isu kecoh di KLIA
July 25, 2023· Isu semasa
Bas macam ‘tin sardin’, Puad tanya menteri tak nak serbu KLIA?
July 15, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Derita kanser hati, bekas ketua perisik Hasanah meninggal dunia
May 5, 2023
Kes kalimah Allah untuk Sarawak sahaja, Anwar silap: Baru Bian
May 17, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
20 jam lalu · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok