Tidak pernah ada menteri ‘rempuh’ kementerian lain

July 4, 2023 · Isu semasa

Tidak pernah ada dalam sejarah di negara ini seorang menteri ‘merempuh’ kementerian lain dan tidak menghormati tugas penjawat awam.

Demikian reaksi bekas Ketua Menteri Melaka), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik susulan insiden seorang menteri yang menyerbu masuk ke balai ketibaan antarabangsa untuk ‘menyelamatkan’ pelancong China yang dinafikan daripada memasuki negara ini oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), minggu lalu.

Abdul Rahim yang juga Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu berkata seorang menteri sepatutnya tahu prosedur untuk membawa sesuatu isu ke Kabinet, bukannya ‘meraung’ di tempat terbabit dengan memberi arahan tertentu.

Menurutnya, insiden itu amat memalukan dan menunjukkan sikap seorang menteri Kabinet yang tidak berdisiplin.

“Beliau langsung tidak menghargai langsung penjawat awam. Malah beliau pula sebagai menteri mengarah ambil tindakan ke atas agensi di kementerian lain.

“Ini menunjuk beliau tidak ada disiplin dalam Kabinet. Beliau sepatutnya membawa isu itu kepada perdana menteri dalam mesyuarat Kabinet dan perdana menteri yang akan arahkan.

“Tapi di situ (KLIA) beliau meraung-raung, arah Menteri KDN kerana ada rasuah tetapi beliau tidak ada bukti. Macam mana kita perlu Kabinet yang berdisiplin jika menteri pun porak-peranda,” katanya, lapor MalaysiaGazette, hari ini.

Rabu lalu, Datuk Seri Tiong King Sing yang terlibat dalam kejadian itu mendakwa pegawai Imigresen yang bertugas meminta rasuah daripada wanita warga China tersebut.

Hari ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Tiong dan wanita tersebut sudah diambil keterangan.

Berita berkaitan
Tak sesuai mabuk depan orang awam sebagai menteri, sindir Wan Saiful
November 1, 2023· Politik
Video tular mabuk, Menteri Pelancong kata apa salahnya?
October 31, 2023· Politik
MOTAC tak hadir prosiding isu kecoh di KLIA
July 25, 2023· Isu semasa
Bas macam ‘tin sardin’, Puad tanya menteri tak nak serbu KLIA?
July 15, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Derita kanser hati, bekas ketua perisik Hasanah meninggal dunia
May 5, 2023
Kes kalimah Allah untuk Sarawak sahaja, Anwar silap: Baru Bian
May 17, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
21 jam lalu · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok