Bot Perikanan hanyut ditemui tentera Indonesia, 4 staf selamat

March 1, 2023 · Isu semasa

Bot Jabatan Perikanan Johor PL87 yang dilaporkan terputus hubungan sejak petang semalam (28 Februari 2023) bersama empat krunya ditemukan selamat oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI-Angkatan Laut) pada jarak kira-kira 13 batu nautika dari lokasi terakhir mereka.

Fatimah Razak, 36; yang mengetuai bot berkenaan, bersama tiga kru lain, Zaharin Baharudin, 33; Abdul Halim Sanip, 52; dan Marzuki Jusuh, 53, ditemui pasukan TNI-AL pada kedudukan satu batu nautika dari Pulau Kepalajerih, Batam, Indonesia, jam 1.45 petang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, hasil maklumat awal diperolehi, bateri bot berkenaan dilaporkan mengalami kerosakan.

“Bot kemudian tidak dapat berfungsi dengan baik sebelum dihanyutkan. Ketika ditemukan, semua kru dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan sihat,” katanya ketika sidang media di Jeti APMM Sungai Pulai di Iskandar Puteri, hari ini.

Nurul Hizam turut mengesahkan bahawa ketika ini, bot berkenaan masih di perairan Indonesia dan pihaknya sedang menjalankan urusan membawa pulang semua mangsa dengan kerjasama TNI.

“Bot PL87 kini dalam proses pembaikan oleh TNI, jika ia boleh dibaiki, bot akan bergerak sendiri dengan diiringi TNI sebelum diserahkan kepada kita.

“Kita berharap semua urusan membawa pulang bot PL87 dan mangsa dapat diselesaikan hari ini dan proses serahan dijangka dibuat di atas laut perairan Johor Barat,” katanya menurut HM.

Semalam, bot yang dalam perjalanan pulang dari Tanjung Pengelih, Kota Tinggi ke Pengkalan Jabatan Perikanan di Tampoi, Johor Bahru, sejak jam 12.45 tengah hari semalam, gagal dikesan dan dihubungi kira-kira jam 3 petang.

Bot berkenaan sepatutnya dijadualkan tiba di Tampoi pada jam 6.30 petang.

Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) kemudian dilancarkan bermula jam 8 malam semalam membabitkan keluasan carian sehingga 47 batu nautika.

Lapan aset digerakkan termasuk helikopter APMM, bot Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor dan Jabatan Perikanan Negeri Johor.

“Kita ingin mengucapkan terima kasih kepada TNI, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Republik Indonesia dan Singapore Police Coast Guard (SPCG) yang turut membantu dalam operasi SAR ini,” katanya yang menamatkan SAR kes berkenaan jam 2 petang tadi.

Berita berkaitan
Bekalan mulai stabil selepas kemasukan telur import: Mat Sabu
March 19, 2023· Isu semasa
Ketua Menteri umum empat ADUN angkat dari PH di kerusi Bersatu
March 8, 2023· Politik
Bahagian Selatan Laut Maluku, Indonesia digegar gempa bumi
March 8, 2023· Dunia
Wilayah Gorontalo di Indonesia dilanda gempa bumi
January 18, 2023· Dunia
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok