Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas

September 25, 2023 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia dan merampas 60.3 kilogram (kg) dadah dipercayai jenis syabu dan ekstasi bernilai lebih RM1.9 juta dalam serbuan di sekitar jeti nelayan di Sungai Buloh, Jeram pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata serbuan pada 2.30 pagi itu dilakukan selepas polis menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kegiatan mencurigakan oleh lelaki berusia 21 tahun itu di jeti tersebut, lapor Bernama.

“Ketika ditahan, lelaki itu dipercayai dalam proses untuk menghantar dadah ke negara jiran.

“Hasil pemeriksaan, polis merampas 56 bungkusan plastik ‘teh cina’ disyaki mengandungi dadah jenis syabu dianggar seberat 58.9 kg bernilai RM1.85 juta dan satu beg plastik berisi 3,500 biji pil dipercayai ekstasi dianggar seberat 1.4 kg (RM59,000) di kawasan semak berhampiran jeti itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ramli berkata lelaki itu dipercayai menjadikan kawasan semak terbabit sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diseludup keluar bagi pasaran Indonesia menerusi laluan laut dengan menggunakan bot.

Beliau berkata lelaki itu juga didapati telah masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong pada 13 Sept lepas.

“Lelaki itu yang positif terhadap syabu direman hingga Rabu ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Berita berkaitan
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Seorang warga Syria didakwa melakukan khianat bakar bilik hotel
November 10, 2023· Isu semasa
Lelaki intai wanita di tandas pasar raya ditahan polis
October 23, 2023· Isu semasa
Polis Kuching rampas dadah RM1.4 juta, pelajar sekolah antara ditahan
October 16, 2023· Isu semasa
Popular
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
7 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
7 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok