Seorang warga Syria didakwa melakukan khianat bakar bilik hotel

November 10, 2023 · Isu semasa

Seorang lelaki warga Syria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar bilik sebuah hotel di ibu negara semalam.

Oday Bahbouh, 29, didakwa melakukan khianat dengan menyalakan api pada kertas sehingga menyebabkan kebakaran dan kerosakan harta benda iaitu dua almari kayu, tilam, lantai, pintu, langsir dan tandas melibatkan kerugian RM10,000, lapor Bernama.

Bahbouh, seorang penggangur dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bilik hotel di Jalan Metro Pudu 2 Fraser Business Park, Wangsa Maju di sini pada 10.30 pagi.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip menawarkan jaminan RM25,000 dengan dua penjamin warga tempatan dengan mengambil kira nilai kerugian RM10,000 manakala Bahbouh yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan.

Hakim Siti Aminah Ghazali membenarkan tertuduh diikat jamin seperti yang dimohon pendakwaan dan menetapkan 11 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023 · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
1 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok