Polis Kuching rampas dadah RM1.4 juta, pelajar sekolah antara ditahan

October 16, 2023 · Isu semasa

Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita, termasuk seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun susulan penemuan dadah syabu seberat 42.2 kilogram (kg) bernilai RM1.4 juta di sebuah hotel di bandar raya ini Khamis lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata kelima-lima suspek berumur 17 hingga 22 tahun yang berasal dari Kuching itu ditahan dalam serbuan di sekitar sini dan Bintawa pada hari berkenaan, lapor Bernama.

Beliau berkata dadah yang diseludup masuk ke sini sebagai bungkusan teh cina itu dipercayai diperoleh daripada rakan mereka di Semenanjung Malaysia, dan polis turut merampas sebuah kereta Perodua Aruz dianggarkan bernilai RM50,000 daripada kumpulan itu.

“Dadah ini dibawa masuk dari Kuala Lumpur oleh dua suspek yang bertindak sebagai kurier menerusi penerbangan. Dadah ini adalah untuk pasaran di Kuching, Miri dan Bintulu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini.

Menurutnya salah seorang suspek yang ditangkap mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, serta satu rekod di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mohd Azman berkata kesemua mereka direman hingga 20 Okt ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata rampasan berkenaan merupakan tangkapan terbesar bagi siri keempat Ops Tapis Khas yang berlangsung 10 hingga 12 Okt lepas.

Menurutnya sepanjang Ops Tapis Khas yang diadakan secara bersiri sejak Januari, polis Sarawak berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat 85.17 kg dengan jumlah tangkapan 1,332 orang.

Berita berkaitan
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
MP DAP Sarawak persoal rancangan bina kediaman baharu Yang di Pertuan Negeri
July 5, 2023· Politik
PDRM bukan ‘polis moral’, kata MP DAP isu wanita pakai seluar pendek
February 5, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
18 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok