MP DAP Sarawak persoal rancangan bina kediaman baharu Yang di Pertuan Negeri

July 5, 2023 · Politik

Rancangan kerajaan negeri untuk membina kediaman rasmi baru bagi Yang di-Pertua Negeri dipersoal DAP Sarawak.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii menggesa kerajaan negeri dipimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi penjelasan dengan telus untuk membina Astana Negeri baru, yang akan dibina berhampiran bangunan semasa yang dibina pada 1870.

Beliau menggesa kerajaan negeri mendedahkan kos projek serta syarikat yang dianugerahkan bidaan projek itu, dan sama ada ia dilakukan melalui tender terbuka.

“Selain daripada itu, kerajaan harus mendedahkan perbandingan memperbaiki dan menaik taraf Astana sedia ada yang pada pandangan saya membawa sejarah dan legasi yang harus dipertahankan sebagai tempat kediaman rasmi Ketua Wilayah Sarawak,” kata Yii yang juga ketua Pemuda DAP.

Kritikan terbaharu Yii ini sekali gus menunjukkan parti itu masih bertelagah dengan GPS yang memerintah negeri itu meskipun mereka bekerjasama di peringkat Persekutuan.

Semalam, Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Astana Negeri sedia ada sudah tidak sesuai digunakan dan akan dijadikan muzium Yang di-Pertua Negeri.

Astana Negeri dijadikan sebagai kediaman rasmi Yang di-Pertua Sarawak sejak 1870, selepas ia dibina oleh Rajah kedua Sarawak, Charles Brooke.

Yii bertanya sama ada ia akan lebih menjimatkan kos untuk membaiki dan menaik taraf bangunan Astana sedia ada, sambil menggesa bangunan itu dikekalkan sebagai kediaman rasmi ketua menteri Sarawak dalam usaha untuk “memelihara warisannya”.

“Jika kerajaan negeri boleh telus dan memberi justifikasi terbaik untuk keperluan projek terbabit, saya percaya rakyat Sarawak akan menyokong pelaksanaan projek berkenaan kerana baik untuk negeri.

“Jika tidak saya percaya terdapat keperluan dan keutamaan lain di Sarawak yang perlu diberi perhatian khususnya kemudahan infrastruktur awam,” tambahnya.

“Sekalipun kita mempunyai lebihan hasil atau sumber, ini bukan alasan bagi kita untuk membelanjakan dana berkenaan dengan sesuka hati untuk mengelakkan kesan ekonomi jangka panjang kepada semua rakyat Sarawak.”

Berita berkaitan
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023· Politik
Saman fitnah, Ramasamy diarah bayar pampasan RM1.52 juta kepada Zakir Naik
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
6 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
6 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok