Zahid tuduh BN diugut, cuba pujuk MIC

April 3, 2021 · Politik

Tatkala Barisan Nasional (BN) dilihat semakin lemah susulan keputusan parti induk UMNO enggan bekerjasama dengan kerajaan sekarang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menuduh pula ada pihak tertentu yang mengugut dan mengancam gabungan itu.

“Kita tahu ada pujukan, ada ugutan malah ada ancaman kepada kita. Sebagai sebuah parti gabungan yang mempunyai rekod panjang tentunya terpaksa berdepan dengan semua ini namun pada masa sama kekalahan ini harus ditebus kembali,” kata presiden UMNO itu.

Bagaimanapun, Zahid ketika menyampaikan ucapan secara maya pada perhimpunan agung MIC hari ini, tidak menyatakan bukti siapa yang membuat ancaman dan apakah bentuk ugutan terhadap BN.

BN yang kini dianggotai oleh UMNO, MCA, MIC dan PBRS sebelum ini menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Bersatu.

Namun, pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 minggu lalu, parti itu membuat keputusan tidak lagi menyokong Bersatu dan PN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Hari ini, UMNO menerima tamparan apabila MIC mengumumkan untuk kekal menyokong kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin. Malah, MIC juga dijangka kekal bersama perikatan itu untuk berdepan PRU15 akan datang.

Seolah-olah mahu memujuk perwakilan perhimpunan agung MIC itu, presiden UMNO mengingatkan sejarah 63 tahun MIC bergabung dengan BN dan menempuh pelbagai cabaran.

Sambil menyifatkan MIC adalah parti tonggak dalam BN, Zahid berkata:

“Kita telah bersama-sama harungi ujian, dugaan dan cubaan namun kita tetap kekal utuh untuk terus bersama sehingga kini. Sepanjang 63 tahun ini, sudah ada gelombang, badai dan kenikmatan telah dikecapi bersama.

Ketika kita kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14, kita harus ingat bahawa kita kalah sekali sahaja dan telah 13 kali menang,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid sepatutnya berundur, jadi perosak kestabilan negara: Wan Saiful
7 jam lalu· Politik
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
July 3, 2022· Politik
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022· Isu semasa
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
July 2, 2022· Politik
Popular
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
July 4, 2022
Zahid sahut cabaran Dr M, mahu dedah bukti video diugut bubar parti
July 4, 2022
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
July 4, 2022
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
July 4, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas audit forensik undian Rafizi disahkan timbalan presiden PKR
2 jam lalu · Politik
Sultan Selangor nasihat pemimpin politik Melayu hentikan perbalahan
4 jam lalu · Politik
Tarikh PRU-15, Utusan dedah tidak pernah ada perbincangan ‘Top 5’ UMNO
7 jam lalu · Politik
Ambillah kuda tua UMNO, kata Nur Jazlan label menteri PAS cap ayam
8 jam lalu · Politik
Pemilihan parti, akar umbi UMNO bimbang akan dikuasai pemimpin berjawatan
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok