‘Rafizi buta sejarah, PH menang PRU-14 kerana Bersatu juga’

August 30, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) tidak meletakkan harapan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Senator Datuk Razali Idris.

Ini kerana, katanya kekuatan empat parti dalam gabungan PN membabitkan Bersatu, PAS, Gerakan dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), sudah mencukupi dalam usaha untuk menumbangkan BN.

Menurutnya saranan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar semua pimpinan parti pembangkang mempertimbang untuk membuka semula pintu rundingan, hanya bertujuan mencari kesepakatan bagi mengelak BN kembali berkuasa dan dengan itu mengulangi amalan salah guna kuasa dan rasuah dalam pentadbiran negara.

“Jika cadangan Muhyiddin itu dipersetujui PH, sudah tentu ada syarat lain akan ditetapkan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Muhyiddin pada sidang media selepas Konvensyen PN 2022 di Serdang, Sabtu lalu, berkata semua pimpinan parti pembangkang perlu mempertimbangkan untuk membuka semula pintu rundingan dengan PN, jika masing-masing sepakat bahawa musuh utama pada PRU-15 ialah BN.

Muhyiddin berkata, pandangan itu dibuat demi memastikan masa depan negara yang lebih selamat, selain mengelak negara daripada terus terjerumus dalam kancah kleptokrasi, rasuah serta salah guna kuasa membabitkan kerajaan BN sebelum ini.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengulas perkara itu semalam berkata PH kekal dengan pendirian untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan PN bagi menghadapi PRU-15.

Mengulas lanjut, Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, menganggap Rafizi sebagai ‘buta sejarah’ bahawa kerajaan PH yang memenangi PRU-14 dan menerajui kepimpinan negara selama 22 bulan adalah hasil gabungan dengan parti lain, termasuk Bersatu.

“Rafizi bukannya pemimpin sesuai untuk mengeluarkan kenyataan itu… apa jawatan dia dalam PH? Pemimpin paling tepat untuk mengeluarkan kenyataan ialah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga presiden lain.

“Rafizi perlu sedar, PKR dan PH tidak mempunyai kekuatan apabila tiada satu pun kerusi dimenangi parti itu walaupun meletakkan calon di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Berhubung kenyataan Rafizi bahawa parti itu hanya akan memfokus dan mencari pemimpin yang jujur serta cekap untuk mentadbir negara, Razali yang juga Ketua Bahagian Bersatu Marang mencabar bekas Ahli Parlimen Pandan itu supaya mendedahkan siapa pemimpin dalam PH dan PKR yang dimaksudkan itu.

Berita berkaitan
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
24 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
24 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok