Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang

November 11, 2023 · Isu semasa

Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dibaham harimau di dalam kawasan kebun getah di Kuala Wok, Pos Pasik, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan cebisan anggota badan manusia di kebun itu kira-kira 9.30 pagi, lapor Bernama.

Sik berkata susulan itu, satu gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ke atas mangsa telah dilancarkan melibatkan anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Gua Musang dan penduduk setempat.

“Hasil operasi menemukan cebisan kaki di kawasan cerun lebih kurang 500 meter dari lokasi anggota SAR tiba. Cebisan badan serta sebahagian kaki ditemukan di lokasi kedua kira-kira 300 meter dari kawasan penemuan pertama,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut Sik, pasukan SAR berjaya membawa keluar cebisan mayat mangsa pada 4.40 petang sebelum tiba di Jabatan Forensik Hospital Gua Musang pada 5.50 petang bagi proses bedah siasat.

“Pihak Perhilitan akan meneruskan pemasangan kamera dan perangkap harimau dalam usaha mengesan haiwan liar tersebut.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Berita berkaitan
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023· Isu semasa
Ebit Liew lapor polis, dakwa jadi mangsa fitnah libatkan seorang wanita Indonesia
September 18, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Kerajaan boleh dedah perjanjian dengan Indonesia dalam PSC, cadang Khairy
August 22, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
17 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok